Australia muncul juara SOJC, dendam terbalas

Australia muncul juara SOJC, dendam terbalas

Australia muncul juara SOJC, dendam terbalas
AKSI final antara India dan Australia. FOTO NAJMI NOR’AZAM

Johor Bahru: Australia muncul juara selepas menang tipis 2-1 ke atas India pada aksi final Kejohanan Antarabangsa Hoki Bawah 21 (B-21) Piala Sultan Johor (SOJC) edisi ke-13 di Stadium Hoki Johor, Taman Daya, sebentar tadi.

Kemenangan itu juga membolehkan skuad kendalian Jay Stacy membalas dendam selepas mereka dikecewakan pada final 2022 tewas 4-5 menerusi penalti shoot out selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada aksi 60 minit permainan.

Anak buah Stacy terpaksa menanti sehingga minit ke-13 untuk melerai jaringan selepas Ian Grobbelaar menyudahkan pukulan sudut penalti menewaskan penjaga gol India, Prince Deep Singh.

Di penghujung suku pertama, Grobbelaar hampir menambah jaringan namun Prince Deep lebih bersedia untuk menidakkan pukulan sudut penalti.

Bagaimanapun aksi di suku kedua menyaksikan anak buah Sreejesh P Raveendran bangkit menyamakan jaringan selepas Anmol Ekka tidak mensia-siakan pukulan sudut penalti menewaskan penjaga gol Burras, Magnus McCausland bagi mengikat kedudukan 1-1


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri


Bersambung babak kedua di suku ketiga, India gagal menambah jaringan biarpun meraih tiga pukulan sudut penalti berturut-turut pada minit ke-32.

Bagaimanapun Burras yang meraih pukulan sudut penalti ketika aksi berbaki seminit untuk ditamatkan berjaya disudahkan Grobbelaar untuk mencetak gol kedua peribadi sekali gus gol yang dijaringkan memastikan mereka menjuarai SOJC kali ini selepas muncul naib juara tahun lepas tatkala pernah muncul juara pada 2016 dan 2017.

Sementara itu, juara bertahan, Britain terpaksa akur menamatkan saingan SOJC kali ini di tempat ketiga selepas meraih kemenangan tipis 3-2 ke atas Pakistan

Skuad kendalian Jon Bleby terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ketujuh hasil pukulan sudut penalti Raden Draysey dan disusuli gol padang Michael Rayden pada minit ke-12 untuk kedudukan 2-0.

Anak buah Kamran Ashraf enggan mengaku kalah apabila merapatkan jurang gol pada minit ke-23 hasil gol padang kapten Hannan Shahid dan kerja keras Pakistan memburu gol penyamaan menjelma pada minit ke-54 menerusi pukulan sudut penalti Sufyan Khan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?


Tapi anak buah Bleby menyentap semangat juang Pakistan ketika aksi berbaki tiga minit untuk ditamatkan apabila Henry Markham menjaringkan gol padang bagi memastikan Britain mencipta kemenangan untuk menduduki tangga ketiga.

Australia muncul juara SOJC, dendam terbalas

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker