‘Atuk’ cabul lelaki usia 70 tahun
‘Atuk’ cabul lelaki usia 70 tahun

JAKARTA – Seorang warga emas berusia 80 tahun di Tasikmalaya, wilayah Jawa Barat ditahan selepas ditangkap mencabul seorang lelaki berumur 70 tahun, lapor portal berita Detik News.
Pengurus komuniti tempatan dikenali sebagai Dedi berkata, suspek kerap datang ke kampung tersebut untuk mencium dan meraba lelaki yang sudah berusia.
“Penduduk memberitahu saya sekitar pukul 11 pagi (waktu tempatan) bahawa suspek tiba di kampung ini untuk melakukan aksi lucah itu seperti biasa.
“Saya bersama penduduk segera mencari keberadaan suspek. Dia dilaporkan berada di rumah mangsa dikenali sebagai IY.
“Selepas membuka pintu secara paksa, kami menemui mereka dalam keadaan tanpa seurat benang,” kata Dedi.
Ketua Polis Tasikmalaya, Inspektor Jajang Kurniawan berkata, pihaknya segera tiba di tempat kejadian dan menyelamatkan suspek daripada dipukul penduduk.
“Dia kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Bandaraya Tasikmalaya untuk siasatan lanjut,” kata Jajang. – AGENSI
‘Atuk’ cabul lelaki usia 70 tahun
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.