Araujo muncul wira Barca
Araujo muncul wira Barca

Barcelona: Jaringan dramatik Ronald Araujo pada masa kecederaan memastikan Barcelona meraih kemenangan 2-1 ke atas jiran setempat, Girona, dalam aksi LaLiga di Estadi Olimpic Lluis Companys, sebentar tadi.
Pertahanan dari Uruguay itu muncul wira apabila menanduk masuk gol kemenangan tiga minit selepas masa tambahan, sekali gus menamatkan cabaran sengit Girona yang hampir mencuri satu mata berharga.
Tuan rumah terlebih dahulu di depan pada minit ke-13 menerusi Pedri, yang menyudahkan hantaran pantas Lamine Yamal dengan rembatan rendah kaki kiri selepas melarikan bola melepasi benteng pertahanan lawan.
Namun Girona pantas menyamakan kedudukan tujuh minit kemudian hasil jaringan menarik Axel Witsel yang melakukan sepakan akrobatik menakjubkan selepas menerima tandukan Arnau Martinez.
Barcelona terus menggandakan asakan di babak kedua dengan lima percubaan tepat dalam tempoh 30 minit, sebelum usaha mereka akhirnya membuahkan hasil menerusi tandukan Araujo pada penghujung permainan.
Araujo muncul wira Barca
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
You must be logged in to post a comment.