7 wanita warga India diselamatkan, anggota polis antara didakwa terbabit pemerdagangan orang
7 wanita warga India diselamatkan, anggota polis antara didakwa terbabit pemerdagangan orang

KUALA LUMPUR: Dijanjikan pekerjaan pembantu rumah namun sebaik tiba di negara ini dipaksa menjadi pekerja seks.
Itu nasib malang tujuh wanita warga India yang menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Mereka diselamatkan Bahagian Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) D3, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dalam serbuan di sebuah hotel di Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada jam 1 pagi 30 September lalu menerusi OP Pintas.
Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk M Kumar, berkata semua mangsa berusia antara 25 hingga 40 tahun itu dijanjikan pekerjaan sebagai pembantu rumah di Malaysia, namun dipaksa menjadi pekerja seks serta dikawal ketat oleh ahli sindiket.
Terdapat mangsa yang turut dipukul dan diugut sekiranya enggan mematuhi arahan yang diberikan oleh sindiket terbabit.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
“Dalam operasi itu juga, 12 individu ditahan terdiri daripada dua lelaki tempatan berusia 34 dan 63 tahun, serta enam lelaki dan empat wanita warga India berusia antara 21 hingga 58 tahun.
“Semua suspek yang ditangkap disyaki ahli sindiket yang berperanan memperdagangkan wanita-wanita yang diselamatkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
M Kumar berkata, kertas siasatan telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara pada 16 Oktober lalu dan lima tangkapan termasuk seorang anggota polis dituduh mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.
“Selain itu, lima warga asing turut dituduh mengikut Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah.
“Kesemua tangkapan dituduh di Mahkamah Sesyen Jenayah 9, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur semalam,” katanya.
Beliau menegaskan PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit dalam jenayah pemerdagangan orang dan tindakan tegas akan diambil terhadap pelaku.
“Orang ramai digesa menyalurkan maklumat berkaitan jenayah ini melalui balai polis berdekatan,” katanya.
7 wanita warga India diselamatkan, anggota polis antara didakwa terbabit pemerdagangan orang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.