13 tahun dijadikan ‘hamba abdi’ cuci rumah orang
13 tahun dijadikan ‘hamba abdi’ cuci rumah orang

KUALA LUMPUR: 13 tahun lalu, gadis Indonesia ini datang ke negara ini dengan harapan bekerja di sebuah kilang di Klang, Selangor tetapi nasib tidak menyebelahinya apabila terperangkap dalam satu sindiket pemerdagangan manusia kejam sehingga berbelas tahun lamanya.
Mangsa yang masuk ke negara ini pada usia awal 20-an dipaksa memerah keringat menjadi hamba abdi sebagai pembantu rumah secara paksa dan tidak pernah sekali pun menerima gaji.
Lebih malang, mangsa yang kini berusia 30-an bukan sahaja terputus hubungan dengan keluarga malah dilayan tanpa perikemanusiaan dan turut dipercayai didera selama berada di negara ini oleh anggota sindiket.
Episod duka itu bagaimanapun berakhir apabila dia menjadi antara 49 wanita yang diselamatkan dalam satu operasi dijalankan oleh Bahagian D3 (Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran–ATIPSOM) dari 10 Oktober hingga 13 Oktober lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk M Kumar Muthuvelu, berkata pihaknya menumpaskan sindiket pemerdagangan manusia yang kembali aktif sejak 2018.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
Katanya, gadis-gadis itu dijadikan mangsa selepas diambil dari Indonesia kononnya untuk berkhidmat di kilang-kilang dan syarikat swasta di Malaysia.
“Mangsa kebanyakan berasal daripada keluarga miskin dan tidak berpelajaran tinggi di Indonesia. Ada mangsa yang baru lima bulan datang ke negara ini tetapi ada yang didagangkan sindiket selama 13 tahun.
“Mereka ini dikawal sepenuhnya oleh sindiket dengan dijadikan pembantu rumah dan dihantar ke rumah-rumah yang memerlukan perkhidmatan itu di sekitar Lembah Klang. Mangsa menuruti semua arahan sindiket selepas ditekan secara psikologi dan ditakutkan secara melampau.
“Semua mereka ini terputus hubungan dengan keluarga dan tidak diberikan akses untuk berhubung dengan dunia luar malah langsung tidak dibayar gaji. Mangsa-mangsa dihantar dan diambil untuk bekerja dan diletakkan dalam lima buah rumah yang disewa khas serta dikawal rapi,” katanya dalam sidang akhbar JSJ di Bukit Aman, di sini hari ini.
M Kumar berkata, polis melakukan 11 serbuan selepas pemantauan sekitar empat bulan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
“Dalam serbuan ini, kita menyelamatkan 49 wanita berusia 20 hingga 47 tahun yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan manusia.
“Polis turut menahan 14 suspek terdiri lapan lelaki dan tiga wanita tempatan berusia 28 hingga 48 tahun. Tiga wanita warga Indonesia berusia 27 hingga 37 tahun turut ditahan,” katanya.
Beliau berkata, dalam siasatan itu pihaknya mengesan sindiket berkenaan menyamar sebagai syarikat pekerja asing namun mereka sebenarnya langsung tidak mempunyai lesen.
“Kemungkinan pelanggan yang mengambil perkhidmatan itu tidak tahu mereka sebenarnya melanggan mangsa pemerdagangan manusia,” katanya.
Beliau berkata, dalam operasi itu, polis turut merampas wang tunai RM1,056,806 juta, enam kenderaan, 71 pasport, 19 unit telefon bimbit, lima set rakaman kamera litar tertutup dan 14 rangkai kunci rumah.
“Semua tangkapan direman antara empat hingga tujuh hari di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah, dan lima kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.
13 tahun dijadikan ‘hamba abdi’ cuci rumah orang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.