Terkejut beli 3 biji karipap kena bayar RM14

Terkejut beli 3 biji karipap kena bayar RM14

Terkejut beli 3 biji karipap kena bayar RM14
TIGA biji karipap yang dibeli Mohamed. – Foto Stomp

SINGAPURA – Seorang netizen menjangkakan akan membayar sekitar SGD$3 (RM9.79) apabila membeli tiga biji karipap bersaiz kecil seperti kebiasaannya, lapor portal berita Stomp hari ini.

Namun, pembeli hanya dikenali sebagai Mohamed itu berkata, dia terkejut apabila dikenakan bayaran SGD$4.50 (RM14) semasa mengunjungi gerai baru dibuka di Teck Whye Lane semalam.

“Saya pernah membeli karipap kentang di banyak gerai makanan Muslim sebelum ini. Selalunya mereka jual tiga biji karipap pada harga SGD$3.

“Namun, kali ini, saya beli dari sebuah gerai Muslim yang baru dibuka dan saya terkejut bila bertanyakan  harga. Mereka (penjual) kata tiga biji karipap berharga  SGD$4.50,” katanya.

Mohamed kemudian menyemak semula harga tersebut dengan pekerja gerai dan mereka mengaku bahawa harga itu betul.

“Memang tidak masuk akal dan seolah-olah rompakan siang hari. Sekarang saya betul-betul tahu betapa tingginya kadar inflasi di Singapura,” ujarnya. – AGENSI

Terkejut beli 3 biji karipap kena bayar RM14

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker