Katie atur langkah ke LA28

Katie atur langkah ke LA28

Katie atur langkah ke LA28
Katie (kiri) masih semangat untuk terus berjuang dalam dunia berbasikal. -FOTO AFP

London: Dalam dunia berintensiti tinggi sukan berbasikal trek, Katie Archibald kini berada pada usia yang lazimnya dianggap tempoh untuk pelumba mula memikirkan persaraan, namun atlet berusia 31 tahun dari Scotland itu sudah pun merangka laluan menuju kegemilangan di Los Angeles 2028.

Pada minggu yang sama rakan senegaranya, Jack Carlin, mengumumkan persaraan daripada sukan berbasikal trek pada usia 28 tahun, Katie pula bersiap sedia untuk terbang ke Chile sebagai sebahagian daripada skuad Great Britain bagi Kejohanan Berbasikal Trek UCI di Santiago yang bermula minggu depan.

Dia akan beraksi dalam acara perlumbaan elimination dan Madison bersama Maddie Leech, namun tidak menyertai pasukan kejar mengejar berpasukan meskipun acara itu diakui sebagai bidang yang masih membuatkannya ‘teruja untuk mencapai keunggulan’.

Katie, yang kini dilatih oleh abangnya, John, terlepas peluang beraksi di Sukan Olimpik Paris selepas mengalami kecederaan serius apabila terjatuh di taman rumahnya, menyebabkan dua tulang kakinya patah dan ligamen terkoyak beberapa minggu sebelum temasya bermula.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?


Kecederaan itu menafikan peluangnya untuk menambah koleksi pingat emas Olimpik ketiga selepas meraih emas dalam acara kejar mengejar berpasukan dan Madison masing-masing pada 2016 dan 2020. Namun, dia kembali pada tahun lalu dengan penuh bergaya apabila membantu Britain menjuarai acara kejar mengejar berpasukan di Denmark, sekali gus merangkul gelaran dunia keenamnya.

Kini, tumpuannya terarah sepenuhnya kepada laluan menuju Los Angeles, yang bermula di Santiago.

“Saya kini berasa sangat stabil, bermotivasi, dan seperti menemui sesuatu yang tidak semestinya akan terserlah di kejohanan dunia kali ini.

“Mungkin kedengaran agak pelik, tetapi struktur yang saya temui bekerjasama dengan abang saya dan berlatih di Glasgow kini memberi saya keyakinan bahawa jika semuanya terus berjalan baik, kerjaya saya masih berada di landasan yang betul.

“Saya bayangkan masa depan yang cukup indah di hadapan, dan dalam erti kata tertentu, semuanya bermula dengan kejohanan dunia di Santiago ini,” kata Katie pemegang rekod 20 gelaran Eropah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri


Katie tidak akan menyertai acara kejar mengejar berpasukan di kejohanan dunia buat kali pertama sejak 2017, namun acara itulah yang tetap menjadi nadi semangatnya.

“Ia agak sukar kerana saya menggunakan acara kejar mengejar berpasukan sebagai kayu ukur prestasi anda sudah begitu mengenali sensasi sebenar dalam acara itu.

“Saya boleh katakan saya sebenarnya terobsesi dengan keunggulan dalam sukan khusus ini. Kemuncak segalanya ialah Sukan Olimpik. Jadi, jika saya mahu menjadi pelumba trek terbaik yang saya mampu, matlamat itu ialah Los Angeles. Kedua-duanya saling berkait rapat. Saya suka mempunyai Los Angeles sebagai sasaran di hadapan,” katanya.

Katie atur langkah ke LA28

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker