Elly Mazlein Dedah Kehilangan Tawaran Kerja Lepas Berhijab

Ada Kontrak Tiba-Tiba Ditarik Balik

Elly Mazlein Dedah Kehilangan Tawaran Kerja Lepas Berhijab

Elly Mazlein Dedah Kehilangan Tawaran Kerja Lepas Berhijab, Ada Kontrak Tiba-Tiba Ditarik Balik

Penyanyi dan pengacara popular, Elly Mazlein, mengakui kehidupannya berubah apabila beberapa tawaran kerja terpaksa dilepaskan selepas mengambil keputusan berhijrah dan tampil dengan imej berhijab. Menurut Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 44, bukan sahaja tawaran baharu semakin berkurangan, malah beberapa kontrak serta urusan yang telah dipersetujui sebelum ini turut dibatalkan secara tiba-tiba tanpa sebarang penjelasan lanjut.

Elly Mazlein, mengakui kehidupannya berubah apabila beberapa tawaran kerja

“Ada yang tanya macam mana dengan kerja selepas saya berhijrah. Ya, memang betul… ada kontrak tiba-tiba ditamatkan dan urusan yang sudah dibincang pun ada yang ditarik balik. Macam-macam dugaan selepas kita berhijab, tapi saya percaya rezeki datang daripada Allah dalam pelbagai bentuk,” katanya menerusi perkongsian di Instagram.

Penyanyi lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu tidak menafikan bahawa pada awalnya dia berasa sedikit risau dan terganggu apabila situasi tersebut berlaku, lebih-lebih lagi kerana bidang seni adalah sumber rezekinya selama ini. Namun, Elly menegaskan bahawa keyakinannya terhadap janji Allah mengatasi segala rasa gusar yang pernah hadir dalam diri.

“Kita manusia, memang ada rasa risau. Tapi insya-Allah, tak perlu takut sebab rezeki itu tetap ada untuk kita. Kalau sudah tertulis rezeki itu milik kita, tiada siapa boleh mengambilnya. Kalau bukan milik kita, memang bukan rezeki,” katanya dengan penuh ketenangan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri


Elly turut menganggap kehilangan beberapa tawaran kerja bukan satu kerugian, sebaliknya sebagai peluang untuk membuka lembaran baharu yang mungkin lebih baik buat dirinya. “Hilang dua, tiga atau empat tawaran sekalipun, Allah pasti gantikan dengan sesuatu yang lebih baik,” ujarnya penuh keyakinan.

Dalam masa sama, Elly turut menjelaskan kepada peminat berhubung beberapa video lama yang bakal tersebar semula di media sosial memaparkan dirinya sebelum berhijab. Beliau mengambil langkah awal dengan memberi penjelasan agar tidak timbul salah faham dalam kalangan masyarakat.

“Saya buat video ini sebab tak mahu timbul kekeliruan. Ada beberapa video yang sudah dirakam sebelum penghijrahan saya dan melibatkan ramai pihak. Saya tak mahu orang keliru ingatkan saya buka tudung pula. Jadi, saya beritahu awal-awal supaya semuanya jelas,” katanya.

Langkah matang Elly menjelaskan situasi sebenar dan cara tenang dirinya berdepan ujian selepas berhijrah menerima pujian ramai peminat. Biarpun kehilangan beberapa peluang kerja, Elly dilihat semakin tenang dan yakin bahawa setiap kehilangan yang berlaku hanyalah tanda Allah sedang membuka ruang rezeki yang lebih baik dan penuh keberkatan untuknya.

Elly Mazlein Dedah Kehilangan Tawaran Kerja Lepas Berhijab

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker