Arsenal mahu ubah skrip Fulham kelab liat
Arsenal mahu ubah skrip Fulham kelab liat

Tidak mudah buat Arsenal bertandang ke kelab jiran London, Fulham dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) tengah malam ini.
Berdasarkan rekod dua musim terakhir, kelab bimbingan Marco Silva itu antara pasukan liat yang tidak mudah dijinakkan Arsenal meskipun bergelar naib juara EPL.
Pada musim 2023/24, Arsenal tewas 1-2 di tempat lawan dan seri 2-2 di laman sendiri manakala pada musim lalu seri 1-1 di Craven Cottage dan menang tipis 2-1 di Emirates.
Dengan kedua-dua pasukan masih menggunakan khidmat pengurus sama, skrip sama juga dijangka berulang dengan tuan rumah membiarkan penguasaan berpihak kepada pelawat sambil menunggu peluang melancarkan serangan balas.
Selepas tujuh aksi, kelab London Utara itu menghuni tangga teratas dengan mengumpul 16 mata hasil lima kemenangan, satu seri dan satu kalah.
Arsenal juga memiliki rekod pertahanan terbaik dengan hanya bolos tiga gol, manakala dari segi serangan kedua terbaik hasil 14 jaringan, kurang satu berbanding Manchester City.
Fulham pula kini di tangga ke-14 dengan lapan mata, hasil dua kemenangan, dua seri dan tiga kalah. Pasukan itu meledak lapan gol dan bolos 11.
Di atas kertas, Arsenal dilihat berkemampuan meraih tiga mata penuh walaupun turun tanpa kelibat kaptennya, Martin Odegaard.
Dibantu pembelian efektif musim ini, Arteta boleh menurunkan bekas bintang Crystal Palace, Eberechi Eze di posisi itu atau meletakkan kepercayaan kepada tonggak muda, Ethan Nwaneri untuk bergandingan dengan Declan Rice dan Martin Zubimendi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
Ada juga kemungkinan Zubimendi ‘disimpan’ untuk aksi penting Liga Juara-Juara bertemu kelab handalan Sepanyol, Atletico Madrid awal pagi Rabu ini, dengan tempatnya diambil rakan senegara, Mikel Merino.
Penyerang Sweden, Victor Gyokeres kekal mengemudi jentera serangan dibantu Bukayo Saka dan Leandro Trossard atau Gabriel Martinelli di sayap kiri.
Tiada kejutan di bahagian pertahanan dengan David Raya kekal di pintu gol dibantu dua bek tengah padu, William Saliba dan Gabriel Magalhaes, diapit Jurrien Timber dan Riccardo Calafiori.
Tiga mata wajib dicari Arsenal minggu ini untuk melebarkan kedudukan kerana pencabar terdekat, Liverpool ada kemungkinan diikat musuh tradisi, Manchester United di laman sendiri malam esok.
Arsenal mahu ubah skrip Fulham kelab liat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.