Woods kembali Januari depan
Woods kembali Januari depan

Florida: Tiger Woods mungkin belum bersedia untuk kembali menyertai kejohanan golf kompetitif, namun legenda berusia 49 tahun itu menegaskan dia tetap akan aktif dalam sukan berkenaan menerusi penyertaannya dalam liga golf tertutup berteknologi tinggi (TGL).
Woods dijangka membuat kemunculan dalam TGL pada 13 Januari apabila pasukannya, Jupiter Links GC, bertemu New York Golf Club dalam aksi pembukaan musim baharu.
Juara 15 kali kejohanan major itu pada Khamis memberi bayangan mengenai jadualnya apabila membalas ciapan daripada pasukannya di platform X.
Dalam ciapan itu, Jupiter Links GC mengucapkan semoga cepat sembuh kepada Woods yang baru menjalani pembedahan belakang buat kali ketujuh, sambil berseloroh bahawa duta kelab, Will Lowery, sedang menjaga kelengkapan golf miliknya.
“Saya akan berada di sana untuk setiap perlawanan. Tidak sabar untuk berjumpa semua pada 13 Januari untuk aksi pembukaan di laman sendiri. Dan (Will Lowery), jangan usik kayu golf saya,” balas Woods.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
Woods kali terakhir beraksi dalam kejohanan diiktiraf Jelajah PGA ialah pada Kejohanan Terbuka, Julai 2024.
TGL adalah liga yang diasaskan oleh Woods, Rory McIlroy dan Mike McCarley dengan kerjasama Jelajah PGA yang menampilkan gabungan teknologi simulasi dan permainan sebenar di dalam arena tertutup.
Liga itu menamatkan musim sulungnya pada awal 2025, dengan Atlanta Drive GC muncul juara edisi pertama Piala SoFi selepas menewaskan New York Golf Club di final.
Woods kembali Januari depan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
You must be logged in to post a comment.