Sindiket kutip derma khairat didalangi warga asing terbongkar
Sindiket kutip derma khairat didalangi warga asing terbongkar

NIBONG TEBAL: Seorang lelaki warga asing yang mengutip derma khairat menggunakan surat kebenaran palsu kononnya ditandatangani Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) ditahan di sebuah masjid di Kampung Kepala Gajah, Simpang Ampat di sini, malam tadi.
Suspek berusia 39 tahun ditahan kira-kira jam 8 malam oleh Bahagian Penguatkuasaan JHEAIPP susulan aduan daripada pejabat agama dan orang awam.
Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAIPP, Muhamad Helmi Rosley, berkata pihaknya sebelum ini melakukan risikan selama sebulan sebelum mengesan sindiket itu yang aktif mengutip derma khairat di pasar malam dan pasar raya seluruh negeri ini.
“Siasatan terhadap suspek mendapati modus operandi yang digunakan adalah dengan mempamerkan surat palsu yang mengandungi kepala surat Jabatan dan ditandatangani Pengarah JHEAIPP bagi meyakinkan orang ramai untuk menderma.
“Kegiatan ini dijalankan kira-kira dua bulan lalu dengan purata kutipan sehari yang diperoleh mencecah antara RM150 hingga RM250.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
“Berdasarkan hasil kutipan ini, kita tidak menolak kemungkinan terdapat lebih daripada tiga orang menjalankan kutipan khairat dan mereka ini didalangi sindiket,” katanya.
Jelasnya, JHEAIPP mengingatkan bahawa kutipan derma bagi tujuan kebajikan perlu mendapat kebenaran dan kelulusan bertulis daripada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).
“Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati sebelum menyalurkan sumbangan dan merujuk surat kebenaran dengan pihak jabatan bagi mengelakkan penipuan.
“Kita sentiasa komited dan serius dalam menangani isu kutipan derma, infaq, khairat termasuklah ejen-ejen yang mengutip zakat untuk negeri lain di Pulau Pinang yang berleluasa pada masa ini,” katanya.
Difahamkan, suspek yang ditahan akan didakwa di Mahkamah Syariah Tinggi Pulau Pinang pagi ini yang mana pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 106 (5) yang memperuntukkan denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sindiket kutip derma khairat didalangi warga asing terbongkar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.