Puteri Balqis Dedah Siapa Sebenarnya Dua Jejaka Kacak Ini
“Dia Bukan Ayah Saya, Tapi Suami Ibu Saya”
Puteri Balqis Dedah Siapa Sebenarnya Dua Jejaka Kacak Ini

Pelakon muda berbakat besar, Puteri Balqis akhirnya tampil menjelaskan kekeliruan ramai berhubung dua jejaka yang sering kelihatan bersamanya dalam beberapa hantaran di media sosial. Balqis atau lebih dikenali sebagai Aqish, 18, berkata, lelaki bernama Faris sebenarnya ialah bapa tirinya, manakala Didi pula merupakan tunangnya.
“Faris, ayah tiri saya. Tetapi saya tak suka panggil dia ayah tiri. Dia ialah insan yang melangkah ke hadapan sebagai seorang bapa dan ini pula Didi, tunang saya. Seorang lelaki asing dan seorang lagi lelaki asing, bertemu tanpa ada pertalian darah atau generasi. Penampilan, gaya dan personaliti yang sama, tapi tiada pertalian darah,” ujar Aqish dalam satu video yang dimuat naik di Instagram.
Menurutnya, Faris bukanlah orang asing dalam hidup mereka sekeluarga. Dia sudah mengenali lelaki itu sejak lapan tahun lalu sebagai rakan baik sebelum akhirnya menjadi suami kepada ibunya. “Faris adalah kawan baik kami sejak lapan tahun lalu. Kemudian, dia menjadi suami kepada ibu saya. Faris berusia 25 tahun tak sepatutnya berada di sini. Pada usianya sekarang, dia layak dihormati oleh saya sebagai anaknya dan ibu saya sebagai isterinya,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
Aqish turut memperkenalkan tunangnya, Didi, dan menyifatkan jejaka itu sebagai seorang yang matang serta memahami keadaannya. “Didi pula sebagai tunang saya wajar menerima penghormatan. Ketika saya berkongsi mengenai keadaan ibu saya, dia terima dengan baik dan begitu juga keluarganya,” jelasnya.
Penjelasan tersebut dibuat selepas Balqis mendakwa ruangan komen media sosialnya dibanjiri pelbagai tuduhan liar dan kejam, termasuk dakwaan konon dia serta ibunya terlibat dalam hubungan terlarang sesama ahli keluarga.
Pelakon yang pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik itu turut menyifatkan semua tuduhan tersebut sebagai sangat tidak berperikemanusiaan, terutama setelah dirinya melalui pelbagai cabaran kehidupan dan keluarga sejak kecil.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
Dengan penjelasan itu, Balqis berharap tiada lagi pihak yang menokok tambah cerita atau menabur fitnah terhadap keluarganya, sebaliknya memahami bahawa kasih sayang dan hubungan kekeluargaan yang terbina dalam hidupnya kini lahir daripada keikhlasan dan penghormatan, bukannya sesuatu yang melampaui batas.
Puteri Balqis Dedah Siapa Sebenarnya Dua Jejaka Kacak Ini
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.