Polis sahkan pergaduhan pelajar sekolah di Telok Panglima Garang

Polis sahkan pergaduhan pelajar sekolah di Telok Panglima Garang

Polis sahkan pergaduhan pelajar sekolah di Telok Panglima Garang
Tular video berdurasi satu minit 39 saat memaparkan pergaduhan pelajar berusia 14 tahun di sebuah sekolah di Telok Panglima Garang, Kuala Langat hari ini. – Tangkap layar video tular

SHAH ALAM: Polis mengesahkan berlaku kejadian pergaduhan membabitkan pelajar sebuah sekolah di Telok Panglima Garang, Kuala Langat hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi, berkata terdahulu pihaknya mengesan video kejadian itu pada jam 8.30 pagi.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat hadir ke sekolah itu.

“Susulan pergaduhan itu, tiada pelajar yang mengalami kecederaan dan mendapat rawatan di hospital. Semua mereka adalah pelajar berusia 14 tahun,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Mohd Akmalrizal berkata, tiada tindakan lanjut diambil terhadap kes itu kerana satu perbincangan tiga hala sudah diadakan antara pihak sekolah, ibu bapa atau waris pelajar yang terbabit.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Polis bersetuju untuk tidak mengambil tindakan dan menyelesaikan perkara ini secara berhemah dan damai.

“Pada masa sama, polis juga mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan berita palsu yang boleh mendatangkan ketakutan,” katanya.

Terdahulu, tular di laman sosial video memaparkan pergaduhan beberapa pelajar sebuah sekolah dipercayai di daerah Kuala Langat.

Polis sahkan pergaduhan pelajar sekolah di Telok Panglima Garang


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker