Polis masih siasat penyebaran video lucah guna AI babitkan Ahli Parlimen- Saifuddin
Polis masih siasat penyebaran video lucah guna AI babitkan Ahli Parlimen- Saifuddin

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berhubung penyebaran video lucah yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) membabitkan beberapa Ahli Parlimen.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata kerajaan memandang serius penyalahgunaan teknologi AI bagi tujuan jenayah dan fitnah, khususnya apabila ia membabitkan pemimpin negara.
“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati terbabit, selaras dengan undang-undang sedia ada.
“Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 500 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, memandangkan ia membabitkan penghinaan, fitnah serta penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawap soalan Yusuf Abd Wahab (GPS-Tanjong Manis) mengenai perkembangan terkini siasatan ke atas penyebaran video lucah yang dihasilkan menggunakan teknologi AI ke atas beberapa Ahli Parlimen di negara ini .
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
Saifuddin memaklumkan setakat ini PDRM sudah mengambil beberapa keterangan saksi dan mendapatkan bahan bukti digital yang berkaitan.
“PDRM juga sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta CyberSecurity Malaysia untuk tujuan analisis forensik bagi mengenal pasti sumber dan pihak yang bertanggungjawab menghasilkan serta menyebarkan video berkenaan,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan Ahli Parlimen daripada PKR, Dr Mohammed Taufiq Johari, menjadi mangsa terbaru ugutan siber membabitkan kandungan pornografi dipercayai menggunakan teknologi AI.
Insiden dialami Ahli Parlimen Sungai Petani itu serupa dengan kejadian pernah menimpa Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Subang, Wong Chen, sebelum ini.
Polis masih siasat penyebaran video lucah guna AI babitkan Ahli Parlimen- Saifuddin
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.