Petani pakai biasa beli G-Wagon harga lebih RM1 juta

Petani pakai biasa beli G-Wagon harga lebih RM1 juta

Petani pakai biasa beli G-Wagon harga lebih RM1 juta
Tangkap layar video menunjukkan petani itu datang ke bilik pameran untuk mengambil model G Wagen yang dibelinya. – Instagram

NEW DELHI – Seorang petani di India menjadi sensasi internet apabila membeli sebuah kereta mewah jenama Mercedes Benz sambil memakai pakaian tradisional, lapor portal berita News 18.

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @zindagi.gulzar.h menunjukkan petani itu datang ke bilik pameran bersama isterinya.

Mereka kemudian membuka kain yang disarungkan pada model G-Wagon. Ia bernilai kira-kira 30 juta rupee (RM1.44 juta).

Apa yang menarik perhatian adalah petani terbabit hanya berpakaian biasa seperti kurta dan kain.

Rakaman itu mencatatkan lebih 653,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Siapa cakap petani miskin?” kata seorang netizen.

“Pakaian tradisional adalah kebanggaan budaya kita. Ramai orang tiru budaya barat. Ini kelas yang patut dicontohi,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Petani pakai biasa beli G-Wagon harga lebih RM1 juta

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker