Gattuso beri bayangan tinggal dalam buangan jika Itali gagal lagi ke Piala Dunia

Gattuso beri bayangan tinggal dalam buangan jika Itali gagal lagi ke Piala Dunia

Pengurus pasukan Itali, Gennaro Gattuso, berkata beliau mungkin
GATTUSO berjaya pacu kebangkitan Itali setakat ini. FOTO Reuters

Rome: Pengurus pasukan Itali, Gennaro Gattuso, berkata beliau mungkin ‘hidup dalam buangan’ sekiranya skuad Azzurri gagal layak ke Piala Dunia buat kali ketiga berturut-turut.

Pemenang Piala Dunia 2006 itu mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih Itali pada Jun dan membantu menghidupkan semula peluang pasukannya untuk mara ke kejohanan tahun depan yang akan diadakan di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada.

Kemenangan 3-0 ke atas Israel pada Selasa merupakan kemenangan keempat berturut-turut Itali di bawah kendalian Gattuso dan memastikan tempat mereka ke pusingan playoff kelayakan Piala Dunia 2026.

Gattuso yang berusia 47 tahun berkata: “Saya akan mengambil pujian jika berjaya mencapai matlamat ini, tetapi jika tidak, saya akan pergi tinggal jauh dari Itali.

“Saya sudah pun tinggal agak jauh di Marbella, Sepanyol tapi saya akan pergi lebih jauh lagi. Itu akibatnya, dan saya sedar akan hal itu.”


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri


Itali kini tiga mata di belakang pendahulu Kumpulan I, Norway. Azzurri akan menentang Moldova pada 13 November dan kemudian menjadi tuan rumah kepada Norway tiga hari kemudian dalam aksi terakhir peringkat kumpulan.

Walaupun berdepan tekanan besar sebagai jurulatih kepada pasukan yang pernah empat kali menjuarai Piala Dunia, Gattuso mengakui beliau berasa bangga dan terhormat memegang jawatan itu.

Menurutnya: “Saya sudah katakan sebelum ini, ini satu impian bagi saya, dan ia benar.

“Ada ramai calon lain lebih berpengalaman daripada saya, dan sebab itulah saya menerima tanggungjawab ini dengan penuh kesedaran. Saya perlu berterima kasih kepada Persekutuan, presidennya [Gabriele Gravina], dan [ketua delegasi Itali, Gianluigi] Buffon.

“Saya tidak sangka saya akan membawa pasukan ini menjaringkan 16 gol, tetapi semua pujian harus diberikan kepada para pemain. Sumbangan saya tidaklah besar.”

Beliau menambah: “Kita perlu terus di landasan ini. Ya, kami bekerja keras dan kurang tidur, tetapi semua ini berbaloi kerana apabila kemenangan datang, ia terasa sangat hebat.”

 

Gattuso beri bayangan tinggal dalam buangan jika Itali gagal lagi ke Piala Dunia

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker