Gaji Ronaldo dua kali ganda lebih daripada Messi

Gaji Ronaldo dua kali ganda lebih daripada Messi

Gaji Ronaldo dua kali ganda lebih daripada Messi
RONALDO kekal pemain bola sepak terkaya di dunia. -FOTO Reuters

Paris: Legenda Portugal, Cristiano Ronaldo sekali lagi menduduki tangga teratas senarai pemain bola sepak dengan bayaran tertinggi dunia bagi musim 2025-26 yang dikeluarkan Forbes, sebagai salah seorang daripada tiga pemain dalam kelompok 10 teratas yang beraksi di Arab Saudi.

Ia adalah kali keenam dalam tempoh sedekad bintang berusia 40 tahun itu mengetuai senarai berprestij berkenaan, hanya seminggu selepas Bloomberg mengumumkan beliau sebagai pemain bola sepak pertama di dunia bergelar bilionair.

Dengan jumlah pendapatan dalam dan luar padang dianggarkan sebanyak AS$280 juta (RM1.32 bilion), pemain Al Nassr itu meraih lebih dua kali ganda pendapatan berbanding pesaing terdekatnya, Lionel Messi, yang menghuni tangga kedua dengan AS$130 juta (RM611 juta) majoritinya hasil daripada kontrak luar padang bersama kelabnya di Amerika Syarikat, Inter Miami.

Di tempat ketiga ialah bekas pemenang Ballon d’Or dari Perancis, Karim Benzema, yang meraih AS$104 juta (RM489 juta) setahun hasil kontrak lumayan bersama kelab Arab Saudi, Al Ittihad.

Pemain ketiga dalam kelompok 10 teratas yang beraksi di Arab Saudi ialah penyerang Senegal, Sadio Mane, rakan sepasukan Ronaldo di Al Nassr, dengan anggaran pendapatan AS$54 juta (RM254 juta) setahun dan menduduki tempat kelapan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri


Jumlah pemain dari kelab Saudi dalam senarai 10 teratas menurun berbanding tahun lalu selepas bintang Brazil, Neymar meninggalkan Al Hilal pada Januari lalu untuk kembali ke kelab lamanya, Santos di Sao Paulo.

Neymar yang sebelum ini menduduki tangga ketiga dengan AS$110 juta (RM517 juta) bagi musim 2024-25 kini hanya memperoleh sekitar AS$38 juta (RM179 juta) setahun, kebanyakannya daripada kontrak luar padang.

Meskipun Liga Perdana Inggeris memiliki kuasa dan kekayaan besar dengan kelab-kelabnya membelanjakan rekod £2.6 bilion (AS$3.5 bilion / RM16.5 bilion) pada jendela perpindahan musim panas lalu hanya dua pemain liga itu berada dalam kelompok 10 teratas iaitu Erling Haaland (Manchester City, tempat kelima) dan Mohamed Salah (Liverpool, tempat ketujuh).

Sebaliknya, La Liga Sepanyol muncul liga paling banyak diwakili dalam senarai berkenaan dengan tiga pemain Real Madrid Kylian Mbappe (keempat), Vinicius Jr (keenam) dan Jude Bellingham (kesembilan).

Satu lagi wakil La Liga ialah Lamine Yamal, bintang muda Barcelona yang menduduki tempat ke-10 dengan pendapatan AS$43 juta (RM202 juta).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?


“Forbes berkata, secara keseluruhan, sepuluh pemain bola sepak dengan bayaran tertinggi dunia dijangka mengumpul pendapatan sekitar AS$945 juta (RM4.44 bilion) sepanjang musim 2025-26.”

 

 

Gaji Ronaldo dua kali ganda lebih daripada Messi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker