Bekas bintang Liverpool jual rumah angkara ‘penyewa dari neraka’
Bekas bintang Liverpool jual rumah angkara ‘penyewa dari neraka’

London: Bekas penyerang Liverpool, Ryan Babel mendedahkan beliau kini terpaksa menjual rumah pernah didiami salah seorang bekas rakan sepasukan yang dikatakan membina sebuah kelab malam di dalam kediaman tersebut.
Pemain berusia 38 tahun itu mengakui pada Mac lalu beliau berdepan risiko kehilangan rumahnya di Merseyside akibat masalah gadai janji.
Walaupun isu tersebut akhirnya diselesaikan, Babel kini membuat keputusan untuk menjual rumah itu yang pernah dibelinya dengan harga sekitar £1.25 juta (RM7.10 juta).
Mengumumkan berita itu di platform X minggu ini, pemain Belanda tersebut mendedahkan beliau pernah menyewakan rumah itu kepada rakan sepasukan kebangsaan, Royston Drenthe, yang digelarnya sebagai ‘penyewa dari neraka’ kerana gagal membayar sewa bulanan.
Babel turut mendakwa bekas pemain Everton itu membina sebuah kelab malam di dalam rumah tanpa kebenarannya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
Babel berkata: “Rumah pertama saya di Liverpool. Selepas 18 tahun, akhirnya saya menyelesaikan semua drama perbankan dan kisah gila penyewa yang datang bersama hartanah pertama saya ini.
“Kini tiba masanya untuk menyerahkannya kepada pemilik bertuah yang seterusnya.
“Rumah ini menyimpan begitu banyak kenangan, ia tempat pertama saya tinggal selepas meninggalkan rumah ibu bapa saya, penuh dengan keterujaan, kesilapan dan pengajaran.
“Apabila saya meninggalkan Liverpool, saya menyewakannya kepada beberapa penyewa dengan salah seorang daripadanya ialah rakan senegara saya, Royston Drenthe.
“Boleh saya katakan, dia benar-benar memberi makna baharu kepada istilah ‘penyewa dari neraka’. Dia entah bagaimana lupa membayar sewa semasa bermain di Everton, malah membina sebuah kelab malam dalam rumah saya tanpa kebenaran. Anda tak boleh mereka cerita sebegitu!
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
“Walau bagaimanapun, saya tetap bangga memiliki rumah ini. Lokasinya hebat, penuh dengan kenangan, ketawa, dan sedikit kekacauan.
“Satu-satunya sebab saya menjualnya sekarang ialah kerana gadai janji kadar boleh laras berasaskan faedah sahaja yang saya ambil dahulu ketika saya langsung tidak tahu apa-apa tentang hartanah. Pengajaran yang saya pelajari dengan cara yang sukar!
“Siapa pun yang memiliki rumah ini selepas saya, saya harap ia membawa kegembiraan (dan mungkin kurang kejutan) seperti yang pernah saya alami.”
Rumah tersebut kini dianggarkan bernilai £900,000 (RM5.1 juta) di laman Rightmove dan mempunyai tujuh bilik tidur serta empat bilik mandi.
Selain ruang kelab malam yang disenaraikan sebagai bilik tarian, rumah itu juga dilengkapi dengan bar, bilik pawagam, sauna dan kolam renang.
Babel bermain selama empat tahun bersama Liverpool selepas menyertai kelab itu pada 2007, dengan mencatat 146 penampilan, menjaringkan 22 gol dan melakukan 18 bantuan gol.
Sementara itu, rakan senegara beliau, Royston Drenthe, pernah beraksi secara pinjaman selama satu musim bersama Everton pada kempen 2011-12, di mana beliau membuat 27 penampilan.
Bekas bintang Liverpool jual rumah angkara ‘penyewa dari neraka’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.