817 pelancong China ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen – Saifuddin
817 pelancong China ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen – Saifuddin

KUALA LUMPUR: Sebanyak 3.45 juta pelawat dari China direkodkan masuk ke Malaysia sehingga 30 September lalu, dengan 871 individu ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen.
Daripada jumlah itu, 418 pelancong ditahan kerana menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial (PLS) untuk bekerja atau berniaga.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata angka itu menunjukkan kadar penyalahgunaan pas masih rendah iaitu hanya 0.013 peratus daripada keseluruhan pelawat China ke Malaysia bagi tempoh berkenaan.
“Kerajaan memandang serius isu warga asing yang masuk ke Malaysia menggunakan PLS tetapi kemudian didapati bekerja atau menjalankan aktiviti perniagaan secara tidak sah dimana ia adalah satu kesalahan di bawah Peraturan 11(7) (a), Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
“Pada 2024, jumlah ketibaan pelawat dari China ialah 3.95 juta orang dan hanya 1,009 orang warga China ditangkap atas pelbagai kesalahan imigresen.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?

“Daripada jumlah itu, 309 orang ditahan kerana menyalahgunakan PLS untuk bekerja atau berniaga bersamaan 0.008 peratus daripada jumlah keseluruhan ketibaan,” katanya.
Beliau berkata demikian menjawab soalan Ching Chueng Jen (PH-Stampin) mengenai langkah yang sudah diambil oleh kerajaan agar mengawal warga China yang datang bekerja dan berniaga atas lawatan sosial yang kini menjejas pendapatan peniaga dan kontraktor tempatan dalam jawapan bertulis yang disiarkan dalam laman web Dewan Rakyat.
Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, bagi memastikan isu berkenaan dapat dikawal sepenuhnya, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melaksanakan penguatkuasaan secara berkala dan bersasar di seluruh negara, termasuk di 224 kawasan panas (hotspot) yang menjadi tumpuan warga asing.
“Antara langkah diambil termasuk pelaksanaan Ops Belanja, Ops Jaja dan Ops Selera yang menumpukan kepada majikan yang menggajikan atau melindungi pendatang tanpa izin (PATI) serta operasi bersepadu bersama agensi penguatkuasaan lain bagi memastikan tindakan lebih menyeluruh.
“Jabatan Imigresen turut menugaskan pegawainya untuk melaksanakan pemantauan ‘omnipresence’, naziran dan Inspektorat Penguatkuasaan di pelbagai lokasi seperti pasar borong, pusat perniagaan, institusi pendidikan dan kawasan perumahan yang dikenal pasti menggajikan pekerja asing tanpa izin,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
Beliau menjelaskan kerajaan akan terus komited memastikan isu berkenaan ditangani secara berkesan demi memelihara kedaulatan undang-undang dan melindungi kepentingan ekonomi rakyat tempatan.
“Tindakan penguatkuasaan juga akan terus dipertingkat dengan pendekatan ‘zero tolerance’ terhadap mana-mana warga asing yang melanggar syarat kemasukan serta terhadap pihak tempatan yang bersubahat,” katanya.
817 pelancong China ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen – Saifuddin
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.