Sweetnya Nora Danish & Mickey Ayo
“Pulangkan Cawan Saya!”
Sweetnya Nora Danish & Mickey Ayo
Haa… nampaknya ada couple baru yang sedang jadi perhatian netizen sekarang, Nora Danish dan jejaka kacak dikenali sebagai Mickey Ayo!
Walaupun belum ada sebarang pengesahan rasmi, tapi kalau tengok gaya mereka di Instagram… memang nampak sweet habis! Netizen pun dah mula “berteori” yang dua-dua ni mungkin lebih daripada sekadar kawan biasa.
Semua bermula bila Mickey sering memuat naik foto di Instagram, dan guess what ,hampir setiap posting dia mesti dapat tanda suka daripada Nora. Tak cukup dengan itu, baru-baru ni Mickey kongsi gambar tengah pegang secawan kopi… dan Nora tinggalkan komen yang buat ramai senyum sendiri!
“Pulangkan cawan saya semula,” tulis Nora.
Mickey pun balas dengan nada berseloroh tapi manja:
“Maaf boss, terbawa balik pula kopi tu.”
Amboi! Siap panggil boss lagi! Interaksi tu terus mencuri perhatian warganet yang mula membuat spekulasi bahawa mereka sebenarnya sering luangkan masa bersama.
Ruangan komen terus dibanjiri peminat yang teruja,ada yang “mengship” mereka berdua, ada juga yang kata Nora nampak makin bahagia kebelakangan ni.
Betul ke bercinta, atau sekadar gurauan mesra? Itu tak dapat dipastikan… tapi kalau tengok vibe mereka di media sosial, memang nampak macam ada “bunga-bunga cinta” yang tengah mekar ni!
Apa pun, sama ada kawan rapat atau kekasih hati, yang penting , netizen dah mula mengusik Nora Danish dan Mickey Ayo!
Untuk yang mungkin baru mengikuti, Nora Danish bukan nama asing dalam dunia hiburan. Pelakon dan usahawan cantik ini mula dikenali menerusi drama Puteri dan sehingga kini kekal antara selebriti wanita paling popular di Malaysia. Dengan pesona lembut dan gaya bersahaja, apa sahaja yang dikongsikan Nora di media sosial memang cepat saja jadi perhatian!
Sweetnya Nora Danish & Mickey Ayo
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
You must be logged in to post a comment.