Semua beregu utama lelaki negara tersingkir awal di Terbuka Denmark 2025

Semua beregu utama lelaki negara tersingkir awal di Terbuka Denmark 2025

Semua beregu utama lelaki negara tersingkir awal di Terbuka Denmark 2025
Beregu profesional lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani

Kuala Lumpur: Aksi beregu lelaki utama negara di Terbuka Denmark 2025 tidak berjalan seperti diharapkan apabila ketiga-tiga wakil Malaysia tersingkir seawal pusingan pertama, hari ini.

Sebelum itu, pasangan pilihan kedua kejohanan, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, dikejutkan oleh gandingan bukan pilihan dari Indonesia, Muhammad Rian Ardianto-Rahmat Hidayat, selepas tunduk 17-21, 13-21 dalam tempoh hanya 33 minit di Arena Jyske Bank, Odense.

Kekalahan itu hadir hanya tiga hari selepas mereka muncul naib juara Terbuka Artik di Finland, sekali gus menutup peluang untuk mengulangi kejayaan manis di Denmark dua tahun lalu apabila menjuarai kejohanan itu.

Turut mengalami nasib sama ialah beregu pilihan ketiga, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, yang tewas kepada pasangan England, Ben Lane-Sean Vendy, 13-21, 21-13, 14-21 dalam pertarungan sengit selama 55 minit.

Kekalahan ketiga-tiga pasangan itu menamatkan terus cabaran Malaysia dalam acara beregu lelaki di kejohanan berstatus Jelajah Dunia Super 750 itu.

Bagaimanapun, sinar harapan masih bersinar menerusi gandingan beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah, yang menepati ramalan apabila mudah menundukkan pasangan Indonesia, Rachel Allessya Rose-Febi Setianingrum, 21-13, 21-17 untuk melangkah ke pusingan kedua.

Pasangan pilihan kedua kejohanan itu bakal berdepan ujian lebih getir apabila dijadual menentang wakil Jepun, Arisa Igarashi-Chiharu Shida, bagi perebutan tiket ke suku akhir.

Semua beregu utama lelaki negara tersingkir awal di Terbuka Denmark 2025

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker