RM83 juta lesap, 209 individu ditipu pelaburan forex, kripto

RM83 juta lesap, 209 individu ditipu pelaburan forex, kripto

RM83 juta lesap, 209 individu ditipu pelaburan forex, kripto
Datuk Hishamuddin Hashim

KUALA LUMPUR: Seramai 209 individu berputih mata apabila mendakwa ditipu seorang lelaki yang menawarkan program pelaburan forex dan mata wang kripto tidak berlesen, mengakibatkan kerugian melebihi RM83 juta.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim, berkata pihaknya menerima aduan daripada semua mangsa yang mendakwa menjadi mangsa pemerdayaan oleh individu terbabit.

“Sebahagian daripada pengadu atau mangsa mendakwa laporan polis yang dibuat sebelum ini diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“PDRM memaklumkan bahawa kes berkenaan boleh disiasat oleh Bank Negara Malaysia (BNM) di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, khususnya Seksyen 137, yang berada dalam bidang kuasa BNM,” katanya dalam kenyataan hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri


Hishamuddin berkata, mangsa hadir untuk membuat aduan secara rasmi kepada BNM supaya melakukan siasatan menyeluruh berkaitan dengan program pelaburan yang disyaki tidak sah dan berdaftar.

“Aduan ini diserahkan bagi membolehkan siasatan dijalankan oleh pihak BNM terhadap sebarang aktiviti pengumpulan dana awam, pelaburan atau perkhidmatan kewangan yang mungkin melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Akta 758).

“Khususnya di bawah Seksyen 10 dan Seksyen 137 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, yang melarang mana-mana individu atau syarikat menjalankan perniagaan perkhidmatan kewangan tanpa lesen sah.

“Mangsa yang hadir hari ini ingin meluahkan harapan yang tinggi kepada pihak Bank Negara Malaysia supaya kes ini dapat diberi perhatian serius dan disiasat dengan teliti,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya percaya tindakan tegas oleh BNM bukan sahaja dapat membantu mangsa mendapatkan keadilan sewajarnya, malah menjadi pengajaran kepada pihak lain.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?


Tegasnya, pihak berkuasa perlu memastikan tiada individu atau syarikat sewenang-wenangnya menjalankan aktiviti pelaburan atau kewangan tanpa kebenaran sah.

“Pihak kami berharap BNM dapat mengambil langkah sewajarnya untuk mengekang aktiviti pelaburan tidak berlesen yang semakin berleluasa dan menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap sistem kewangan negara.

“MHO komited untuk terus membantu mangsa penipuan kewangan mendapatkan keadilan melalui saluran undang-undang yang betul.

“Kami percaya bahawa kerjasama erat antara pihak berkuasa dan masyarakat adalah kunci untuk membanteras kegiatan pelaburan haram di Malaysia,” katanya.

RM83 juta lesap, 209 individu ditipu pelaburan forex, kripto

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker