Operasi tren Rapid KL berjalan seperti biasa
Operasi tren Rapid KL berjalan seperti biasa

KUALA LUMPUR: Semua perkhidmatan rel Rapid KL beroperasi seperti biasa tanpa sebarang gangguan susulan gangguan bekalan elektrik yang dilaporkan di beberapa kawasan di Lembah Klang, petang ini.
Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam kenyataan, hari ini memaklumkan, setakat jam 5 petang, semua laluan rel termasuk Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan Monorel beroperasi seperti biasa.
“Berikutan gangguan bekalan elektrik di beberapa lokasi di Lembah Klang, Rapid KL ingin mengesahkan bahawa sehingga jam 5.00 petang, semua perkhidmatan rel tidak mengalami sebarang gangguan dan beroperasi seperti biasa.
“Sila ikuti media sosial Rapid KL untuk mendapatkan status terkini mengenai perkhidmatan Rapid KL,” katanya.
Terdahulu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan pasukan teknikalnya sedang menjalankan kerja pembaikan susulan gangguan bekalan elektrik yang menjejaskan sebahagian pengguna di sekitar kawasan Kepong, di ibu kota.
Operasi tren Rapid KL berjalan seperti biasa
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
You must be logged in to post a comment.