Mekanik hadapi tuduhan bunuh anak teman wanita
Mekanik hadapi tuduhan bunuh anak teman wanita

KUCHING: Seorang mekanik dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuching di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh anak perempuan teman wanitanya berusia tiga tahun yang dipercayai didera hingga maut di sebuah rumah di Kampung Rampangi, 7 Oktober lalu.
Tertuduh, Mohammad Shukri Ryan, 32, dibawa naik dari bilik tahanan bawah kira-kira jam 9 pagi sebelum pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nursyaheeqa Nazwa Radzali.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkod daripada tertuduh.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh mangsa di Kampung Sungai Engkabang, pada kira-kira jam 7.45 malam, 7 Oktober lalu.
Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta tidak kurang 12 sebatan jika tidak dijatuhi hukuman mati.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
Mahkamah menetapkan 21 November depan untuk sebutan semula kes selepas Timbalan Pendakwa Raya, Chuah Kai Sheng memaklumkan laporan bedah siasat masih belum diperoleh.
Tertuduh tidak ditawarkan jaminan dan diperintah disambung reman.
Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu, berkata pihaknya menerima laporan pada 8 Oktober lalu berhubung kematian kanak-kanak berkenaan yang dipercayai didera.
Suspek ditahan di Kampung Krian, Jalan Padawan, pada jam 11 pagi 9 Oktober dan hasil ujian air kencing mendapati dia positif dadah serta mempunyai enam rekod jenayah lampau berkaitan dadah.
Mekanik hadapi tuduhan bunuh anak teman wanita
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
You must be logged in to post a comment.