Maresca digantung satu perlawanan, didenda RM50,000 gara-gara aksi liar raikan kemenangan Chelsea
Maresca digantung satu perlawanan, didenda RM50,000 gara-gara aksi liar raikan kemenangan Chelsea

London: Pengurus Chelsea, Enzo Maresca, digantung satu perlawanan dan didenda £8,000 (kira-kira RM50,000) selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan salah laku ketika meraikan kemenangan dramatik 2-1 pasukannya ke atas Liverpool, hujung minggu lalu.
Persatuan Bolasepak England (FA) dalam kenyataannya memaklumkan pengendali dari Itali itu bertindak di luar batas apabila berlari di sepanjang garisan padang di Stamford Bridge bagi meraikan jaringan kemenangan pada masa kecederaan bersama pemainnya.
Aksi keterlaluan itu mengundang padah apabila pengadil Anthony Taylor melayangkan kad kuning kedua sebelum mengarahkannya keluar padang pada minit ke-96.
“Pengurus itu bertindak secara tidak wajar dan/atau menggunakan kata-kata serta tingkah laku menghina ketika perlawanan, yang membawa kepada pengusirannya,” kata FA dalam kenyataan rasmi.
Maresca kemudian mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan dan menerima hukuman standard yang ditetapkan badan induk bola sepak itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
Akibatnya, pengendali berusia 44 tahun itu akan terlepas aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Nottingham Forest di gelanggang lawan, Sabtu ini.
Kemenangan ke atas Liverpool itu menyaksikan Chelsea mengutip tiga mata penting untuk naik ke tangga ketujuh liga dengan 11 mata, lima mata di belakang pendahulu, Arsenal.
Walaupun terpaksa menyaksikan perlawanan dari tempat duduk penonton hujung minggu ini, Maresca dijangka terus memantau pasukannya dalam usaha mengekalkan momentum kemenangan menjelang aksi seterusnya di Stamford Bridge.
Maresca digantung satu perlawanan, didenda RM50,000 gara-gara aksi liar raikan kemenangan Chelsea
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
You must be logged in to post a comment.