De Jong lanjut kontrak Barcelona hingga 2029, sanggup potong gaji demi kekal di Camp Nou
De Jong lanjut kontrak Barcelona hingga 2029, sanggup potong gaji demi kekal di Camp Nou

Barcelona: Bintang tengah Belanda, Frenkie de Jong, menandatangani kontrak baharu bersama Barcelona yang akan mengekalkannya di kelab gergasi Sepanyol itu sehingga tahun 2029.
Perkembangan itu diumumkan secara rasmi oleh Barcelona, malam tadi, sekali gus menamatkan spekulasi mengenai masa depan pemain berusia 28 tahun itu yang sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Liga Perdana Inggeris.
De Jong yang menyertai Barcelona dari Ajax pada 2019 kini memasuki musim ketujuh bersama kelab Catalan itu dan sudah meraih dua kejuaraan La Liga serta dua trofi Copa del Rey.
“Barca yakin De Jong mampu menjadi tonggak penting dalam projek sukan semasa kelab berdasarkan kualiti dan pengalamannya,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.
De Jong yang kini menjadi antara pemain utama di bawah bimbingan jurulatih Hansi Flick, mengakui gembira dapat meneruskan karier bersama kelab impiannya sejak kecil.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
“Saya selalu impikan bermain untuk Barca. Kini saya sedang hidup dalam impian itu dan mahu terus mengejarnya untuk tempoh lebih lama lagi. Saya mahu menang lebih banyak kejuaraan,” katanya pada sidang media pengumuman kontrak baharu itu.
Menurut laporan media Sepanyol, pemain tengah itu bersetuju menerima pengurangan gaji bermula musim 2026/2027 bagi membantu kestabilan kewangan kelab, namun De Jong menegaskan laporan mengenai jumlah gajinya sebelum ini ‘terlalu dibesar-besarkan’.
“Cerita tentang gaji saya banyak dilebih-lebihkan dan ia sedikit sebanyak menjejaskan pandangan penyokong terhadap saya. Tapi saya tidak kisah, kerana bagi saya yang penting ialah terus bermain dan membantu kelab ini mencapai kejayaan,” katanya.
De Jong lanjut kontrak Barcelona hingga 2029, sanggup potong gaji demi kekal di Camp Nou
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
You must be logged in to post a comment.