Cerai selepas 6 tahun suami tolak dari tebing

Cerai selepas 6 tahun suami tolak dari tebing

Cerai selepas 6 tahun suami tolak dari tebing
GAMBAR fail Wang Nan. – Foto South China Morning Post

BEIJING –  Sebuah mahkamah di China meluluskan tuntutan cerai yang dibuat seorang wanita selepas dia ditolak dari tebing oleh suaminya di Thailand enam tahun lalu, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Wang Nan, bertahun-tahun membuat tuntutan itu selepas insiden tersebut berlaku ketika dia dan suaminya bercuti ke Thailand.

Mahkamah Rakyat Daerah Qinhuai di Nanjin, wilayah Jiangsu, meluluskan tuntutan perceraian itu pada 10 Oktober lalu.

Suaminya, Yu Xiaodong kini menjalani hukuman penjara 33 tahun di Thailand.

Wang Nan yang juga dikenali sebagai Wang Nuannuan di media sosial ketika kejadian sedang hamil tiga bulan apabila Xiaodong menolaknya dari tebing setinggi 34 meter di sebuah taman negara pada Jun 2019.

Dia terselamat dalam insiden itu, namun mengalami keguguran. – AGENSI

Cerai selepas 6 tahun suami tolak dari tebing

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker