Ahmedabad tuan rumah sukan Komanwel 2030
Ahmedabad tuan rumah sukan Komanwel 2030

London: India mencipta sejarah apabila bandar Ahmedabad dipilih sebagai tuan rumah rasmi Sukan Komanwel 2030, sekali gus menandakan ulang tahun ke-100 temasya sukan berprestij itu.
Perkara itu diumumkan oleh Lembaga Eksekutif Commonwealth Sport (CS) yang akan mencadangkan nama Ahmedabad untuk kelulusan penuh pada Perhimpunan Agung CS di Glasgow pada 26 November ini.
Bandar yang juga dikenali sebagai Amdavad itu terletak di negeri kelahiran Perdana Menteri India, Narendra Modi, Gujarat, dan menempatkan stadium kriket terbesar dunia berkapasiti 130,000 penonton dinamakan sempena pemimpin berkenaan.
India mengetepikan saingan Abuja, Nigeria untuk mendapat hak penganjuran dan sekali gus menghidupkan semula semangat temasya yang pernah diragui selepas Victoria, Australia, menarik diri sebagai tuan rumah edisi 2026 kerana faktor kos.
“Saya ucapkan tahniah kepada seluruh rakyat India atas kelulusan bidaan negara menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2030 di Ahmedabad,” kata Menteri Dalam Negeri India, Amit Shah, yang menyifatkan keputusan itu sebagai detik penuh kebanggaan buat India.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
Menariknya, ini bukan kali pertama India mengintai pentas besar dunia. Tahun lalu, negara itu sudah menghantar surat rasmi kepada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk membida Sukan Olimpik 2036.
Sebelum itu, Glasgow bakal menjadi tuan rumah edisi 2026 dalam format lebih kecil, menjadikan Britain sebagai penganjur dua kali berturut-turut selepas Birmingham 2022.
Sukan Komanwel 2030 akan menjadi edisi ulang tahun ke-100, menandakan perjalanan seabad sejak temasya pertama diadakan di Hamilton, Kanada pada 1930.
Ahmedabad tuan rumah sukan Komanwel 2030
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
You must be logged in to post a comment.