Tak tahan kena maki, suami baling batu pada isteri

Tak tahan kena maki, suami baling batu pada isteri

Tak tahan kena maki, suami baling batu pada isteri
H membali batu ke arah isterinya ketika mereka bertengkar. – Tribun Sultra

JAKARTA – Seorang lelaki di Kendari, wilayah Sulawesi Tenggara membaling batu ke arah isterinya selepas berang akibat dilemparkan dengan kata-kata kesat oleh mangsa, lapor laman berita Detik.

Suspek dikenali sebagai H, 32, ditahan selepas dituduh melakukan tindakan keganasan rumah tangga.

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Kendari, Asisten Komisioner Welliwanto Malau, insiden berlaku di rumah pasangan tersebut di  Jalan Taman Suropati pada Rabu minggu lalu.

“Ahli keluarga mangsa melaporkan perkara itu kepada polis,” kata Welliwanto.

Tambahnya, serangan bermula apabila suspek bertanyakan hubungan mangsa dengan seorang lelaki dikenali sebagai M. Bagaimanapun, mangsa berang dan melemparkan kata-kata kesat kepada suspek.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri


“Mangsa memakinya menggunakan bahasa kesat,” kata Welliwanto.

Disebabkan berang, suspek mengambil batu dan membalingnya ke arah kepala mangsa sehingga mengeluarkan darah.

Suspek kini ditahan polis ketika kes itu masih disiasat. – AGENSI

Tak tahan kena maki, suami baling batu pada isteri

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker