Tak Sabar Jadi Ibu, Siti Saleha Dedah Bakal Timang Anak Lelaki Enam Bulan Lagi

Tak Sabar Jadi Ibu, Siti Saleha Dedah Bakal Timang Anak Lelaki Enam Bulan Lagi

Tak Sabar Jadi Ibu, Siti Saleha Dedah Bakal Timang Anak Lelaki Enam Bulan Lagi

Aktor dan model terkenal, Siti Saleha mengotakan janjinya kepada peminat apabila akhirnya mendedahkan jantina cahaya mata yang bakal dilahirkan tidak lama lagi. Bintang berusia 35 tahun itu berkongsi khabar gembira bahawa dia dan suaminya, Joshua Fitton, bakal menimang seorang bayi lelaki, sekali gus menamatkan teka-teki yang berlegar sejak beberapa bulan lalu.

Tak Sabar Jadi Ibu, Siti Saleha Dedah Bakal Timang Anak Lelaki Enam Bulan Lagi

Menerusi satu majlis penuh adat yang diadakan baru-baru ini, Siti Saleha diraikan dalam upacara Mitoni atau mandi bunga, tradisi masyarakat Jawa yang dijalankan ketika kandungan mencecah tujuh bulan. Menurut pelakon drama popular 7 Hari Mencintaiku itu, majlis tersebut berlangsung dengan penuh makna dan diiringi suasana penuh kasih serta restu daripada keluarga kedua-dua belah pihak.

“Alhamdulillah, majlis Mitoni dan pendedahan jantina bayi berjalan lancar. Kami akan menimang anak lelaki,” ujar Saleha yang sebelum ini berjanji akan berkongsi berita istimewa itu sebaik sahaja selesai majlis tersebut seperti dirancang keluarga mentua.

Lebih mengharukan, Joshua turut dilihat menyiram air mandian bunga ke tubuh isterinya sebagai simbolik kasih dan doa buat isteri serta anak yang dikandung. Detik pengumuman jantina bayi pula disambut dengan kepulan asap berwarna biru yang dilepaskan ke udara, menandakan kehadiran bakal pewaris lelaki dalam keluarga kecil mereka.

Tak Sabar Jadi Ibu, Siti Saleha Dedah Bakal Timang Anak Lelaki Enam Bulan Lagi

Terdahulu, Saleha mengumumkan dirinya hamil dan kini sudah memasuki trimester ketiga dengan usia kandungan mencecah enam bulan. Sepanjang kehamilan, pelakon itu dilihat tenang dan berseri, malah sering berkongsi detik manis perjalanan menjadi ibu di media sosial.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri


Tak Sabar Jadi Ibu, Siti Saleha Dedah Bakal Timang Anak Lelaki Enam Bulan Lagi

Siti Saleha dan Joshua Fitton mendirikan rumah tangga pada 15 Februari lalu dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Bentong, Pahang. Kini, pasangan ini sedang menantikan kehadiran cahaya mata pertama mereka dengan penuh keterujaan dan syukur.

Tak Sabar Jadi Ibu, Siti Saleha Dedah Bakal Timang Anak Lelaki Enam Bulan Lagi

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker