‘Rider’ dibelasah beramai-ramai hanya kerana salah alamat

‘Rider’ dibelasah beramai-ramai hanya kerana salah alamat

‘Rider’ dibelasah beramai-ramai hanya kerana salah alamat
Sejumlah penghantar makanan tiba sejurus mendapat tahu mengenai insiden tersebut. – Istimewa

JAKARTA – Seorang penghantaran makanan dibelasah sekumpulan lelaki selepas dituduh menghantar pesanan di alamat yang salah, lapor program berita Liputan6 semalam.

Kejadian berlaku di Koja, Jakarta Utara semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai HN, 28, berkata, dia pada awalnya menghantar makanan mengikut alamat yang diletakkan dalam aplikasi pesanan makanan.

Sejurus tiba, seorang pelanggan wanita memberitahu bahawa alamat itu salah dan meminta mangsa menunggu di lokasi tersebut.

Wanita itu kemudian tiba dan memarahi mangsa sebelum suaminya tiba dan terus memukul penghantar makanan tersebut.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri


Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Metro Jakarta Utara, Komisioner Onkoseno berkata, polis menahan pelaku dan lima lelaki lain yang turut memukul mangsa.

“Anggota kami bertindak pantas sejurus mendapat laporan daripada orang ramai mengenai insiden itu.

“Mangsa dibawa ke hospital untuk menerima rawatan, manakala polis menahan kesemua suspek dan merampas bahan bukti.

“Kes sedang disiasat dengan lebih lanjut,” kata Onkoseno. – AGENSI

‘Rider’ dibelasah beramai-ramai hanya kerana salah alamat

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker