Qatar sah ke Piala Dunia, peluang tebus aib 2022

Qatar sah ke Piala Dunia, peluang tebus aib 2022

Qatar sah ke Piala Dunia, peluang tebus aib 2022
BARISAN pemain Qatar meraikan gol pertama Boualem Khoukhi. FOTO REUTERS

Doha: Qatar mengesahkan tiket ke Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Emiriah Arab Bersatu (UAE) 2-1 di Doha, awal pagi tadi.

Tuan rumah Piala Dunia 2022 itu yang gagal melepasi peringkat kumpulan dalam penampilan sulung mereka tiga tahun lalu, muncul pemenang dalam perlawanan wajib menang di Stadium Jassim Bin Hamad hasil dua gol separuh masa kedua menerusi kapten, Boualem Khoukhi dan Pedro Miguel.

Akram Afif, pemenang Anugerah Pemain Terbaik Asia dua kali, menjadi penggerak utama dengan mencipta kedua-dua bantuan gol.

Kemenangan itu menyaksikan Qatar, yang juga juara dua edisi terakhir Piala Asia, menamatkan saingan di tangga teratas Kumpulan A pusingan keempat kelayakan Asia, sekali gus menempah tempat ke Piala Dunia yang akan berlangsung di Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Mexico pada musim panas tahun depan.

Sementara itu, UAE yang hanya memerlukan keputusan seri untuk mara ke Piala Dunia buat kali kedua dalam sejarah mereka, kini perlu bertemu pasukan yang tewas dalam penentuan Kumpulan B antara Arab Saudi dan Iraq bulan depan. Pertemuan dua perlawanan itu akan menentukan pasukan yang layak ke playoff antara benua.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri


Tidak lama selepas itu, pertahanan UAE Lucas Pimenta hampir membuka jaringan apabila tandukannya hasil hantaran Caio Lucas hanya sedikit tersasar.

Sementara itu Mohammad Al Mannai turut gagal menyempurnakan peluang keemasan apabila tandukannya hasil hantaran silang menarik Edmilson Junior tersasar walaupun tidak dikawal.

Namun, Qatar akhirnya memecah kebuntuan empat minit selepas rehat apabila Khoukhi menanduk masuk sepakan percuma Afif untuk menewaskan Essa.

Tuan rumah menggandakan jaringan pada minit ke-74 menerusi satu lagi situasi bola mati, kali ini hasil kesilapan Essa yang gagal membaca sepakan percuma Afif, membolehkan Pedro Miguel menanduk masuk ke gawang gol.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?


Qatar terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada lewat permainan selepas Tarek Salman dilayangkan kad merah akibat terjahan keras, sebelum pemain gantian UAE, Sultan Adil, merapatkan jurang dengan voli cantik pada minit kelapan masa tambahan.

Qatar, yang melalui pengalaman pahit pada 2022 sebagai tuan rumah pertama tewas dalam ketiga-tiga perlawanan peringkat kumpulan, kali ini menebus maruah dengan layak ke edisi 2026 atas tiket merit.

Qatar sah ke Piala Dunia, peluang tebus aib 2022

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker