Polis jejak lelaki didakwa diculik sindiket penipuan tawaran kerja
Polis jejak lelaki didakwa diculik sindiket penipuan tawaran kerja

GEORGE TOWN: Polis sedang giat mengesan seorang lelaki yang dilaporkan dipercayai ke Thailand untuk bekerja sebelum diculik, sehingga mendorong ibunya membayar wang tebusan bagi membebaskannya daripada kawalan sindiket penipuan tawaran kerja.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail, berkata hasil siasatan mendapati kemungkinan lelaki berusia 25 tahun itu masih berada di Malaysia kerana tiada rekod menunjukkan dia meninggalkan negara ini sejak 2019.
“Kami sedang berusaha mengesan lelaki terbabit bagi membantu siasatan.
“Setakat ini, percubaan untuk menghubunginya gagal kerana nombor telefonnya tidak dapat dihubungi, dipercayai telah diputuskan.
“Kami juga telah merakam keterangan beberapa individu bagi membantu siasatan dan usaha mengesannya. Siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
Azizee berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 347 dan 384 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam, sebelum ini memaklumkan semakan rekod imigresen mengesahkan lelaki itu tidak pernah ke luar negara sejak pulang dari China pada 21 Oktober 2019, dengan perjalanan terakhirnya direkodkan dari 13 hingga 21 Oktober tahun sama.
Terdahulu, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Lai, 25, dan pernah bekerja sebagai kontraktor ubah suai, dipercayai diculik oleh sindiket penipuan tawaran kerja di Thailand dan dikawal oleh kumpulan itu sejak pertengahan bulan lalu.
Ibunya yang hanya mahu dikenali sebagai Rose, 52, berkata beliau mula berhubung dengan sindiket berkenaan pada Hari Malaysia selepas menerima mesej menuntut wang tebusan bagi membebaskan anaknya, disertai ugutan bahawa tangan anaknya akan dipotong jika enggan membayar.
Katanya, beliau sempat mendengar suara anaknya seketika dalam satu panggilan telefon yang dipercayai dipantau oleh sindiket.
Rose kemudian membuat bayaran pertama sebanyak AS$5,000 (RM23,500) selepas menerima ugutan itu, diikuti bayaran kedua AS$8,000 (RM37,600), sebelum sindiket berkenaan menuntut tambahan AS$2,000 (RM9,400).
Polis jejak lelaki didakwa diculik sindiket penipuan tawaran kerja
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.