Mangsa lemas kereta terjunam sungai mengadu sakit kepala

Mangsa lemas kereta terjunam sungai mengadu sakit kepala

Mangsa lemas kereta terjunam sungai mengadu sakit kepala
Adik arwah, Saryussaqapi. (Gambar kecil), Muhammad Husni Mahmud. NSTP/Alias Abd Rani

BATU PAHAT: Lelaki yang ditemukan lemas selepas kereta dipandunya terjunam ke dalam Sungai Muar, Panchor di sini, petang semalam mengadu sakit kepala kepada bapanya.

Mahmud Talib, 78, berkata Muhammad Husni Mahmud, 47, anak ketiga daripada tujuh beradik itu mengadu kepadanya sebelum dia meminta ke klinik untuk menjalani pemeriksaan.

“Sebaik pulih, arwah beritahu mahu jumpa rakan. Kami tidak fikir apa-apa sebelum itu sehinggalah mendapat tahu keretanya terjunam dalam sungai,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Bendahara, Kampung Sungai Kajang, hari ini.

Mahmud berkata, arwah tinggal bersamanya dan isteri di rumah itu selepas kematian isteri akibat pandemik COVID-19.

Katanya, sebelum ini, Muhammad Husni menyewa bersama arwah isteri tidak jauh dari rumahnya sebelum mereka berpindah ke sini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri


Sementara itu, adik mangsa, Saryussaqapi, 42, berkata mereka tidak mengetahui arwah ke Panchor pada hari kejadian.

Menurutnya, dia hanya mengetahui kejadian itu sebaik melihat penstriman langsung di TikTok mengenai kejadian sebuah kereta terjunam ke dalam sungai.

“Waktu itu, saya masih samar sama ada kereta itu milik abang atau orang lain memandangkan nombor pendaftaran tidak jelas.

“Saya mengikutinya (penstriman langsung) sehinggalah jam 1 pagi tadi, barulah saya tahu kereta itu milik abang. Pada ketika itulah saya dimaklumkan bahawa abang sudah tiada.

“Pada pagi sebelum kejadian, arwah ada beritahu saya dia sakit kepala. Saya urutlah dan kemudiannya pulih.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?


“Kami sempat berborak sambil ketawa sebelum arwah memberitahu mahu keluar jumpa rakan. Bagi kami, arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan,” katanya.

Menurutnya arwah yang tidak dikurniakan zuriat jarang berkongsi kesedihan dengan ahli keluarga sebaliknya dia lebih gemar meluahkan kerinduan terhadap isteri di media sosial.

“Kami faham perasaan arwah selepas kehilangan isteri tercinta. Cuma dia tak suka berkongsi dengan ahli keluarga.

“Walaupun berat, kami sekeluarga reda dengan pemergiannya. Doakan yang baik-baik untuk arwah di sana,” katanya.

Terdahulu, Mahmud menerima kunjungan EXCO Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Khalid bagi menyampaikan sumbangan.

Mangsa lemas kereta terjunam sungai mengadu sakit kepala

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker