Lelaki temui ajal, tersilap minum pencuci tandas

Lelaki temui ajal, tersilap minum pencuci tandas

Lelaki temui ajal, tersilap minum pencuci tandas
SEORANG lelaki menunjukkan botol yang mengandungi pencuci tandas. – Foto KhaoSod

BANGKOK – Seorang lelaki di wilayah Buriram, Thailand meninggal dunia beberapa jam selepas terminum pencuci tandas yang disimpan di dalam botol minuman ringan, lapor portal berita Thaiger hari ini.

Ahli keluarganya berkata, lelaki itu menyangka cecair tersebut adalah minuman manis dan meminumnya ketika sedang mabuk.

Kejadian berlaku semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Nattawut, 44,  dibawa ke Hospital Satuek, daerah Satuek selepas mengalami muntah dan pening.

Ahli keluarganya turut membawa botol berkenaan untuk diperiksa.

Hasil pemeriksaan mengesahkan bahawa cecair itu adalah pencuci tandas.

Doktor memberikan suntikan dan ubat sebelum membenarkannya pulang ke rumah.

Namun kira-kira lima jam kemudian, sekitar pukul 4 petang (waktu tempatan), lelaki itu mengalami kejutan dan meninggal dunia walaupun usaha untuk menyelamatkannya telah dilakukan. – AGENSI

Lelaki temui ajal, tersilap minum pencuci tandas

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker