Kertas siasatan kibar bendera Israel sudah dihantar kepada pendakwa

Kertas siasatan kibar bendera Israel sudah dihantar kepada pendakwa

Kertas siasatan kibar bendera Israel sudah dihantar kepada pendakwa

KOTA BHARU: Kertas siasatan pengibaran bendera Israel pada Program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza di Lembah Sireh, Jumaat lalu sudah dihantar kepada Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata siasatan berhubung pengibaran bendera itu sudah selesai dijalankan.

“Penganjur berkenaan disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 AKMM 1998.

“Kertas siasatan kita sudah hantar kepada PPN untuk tindakan lanjut hari ini dan kita tunggu tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tindakan perlu diambil terhadap pihak yang mengibarkan bendera Israel dalam satu program di Kelantan baru-baru ini, walau apa pun alasan diberikan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri


Media sebelum ini melaporkan, Pertubuhan Anak Muda Bangkit Malaysia yang menganjurkan Program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza tampil memohon maaf berhubung tindakan mengibarkan bendera Israel ketika melakukan lakonan semula pada program berkenaan sehingga menimbulkan salah faham.

Pengarah program, Mohd Khairul Hafiz Hassan dilaporkan berkata, susulan itu beliau akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa untuk siasatan berhubung perkara itu

 

Kertas siasatan kibar bendera Israel sudah dihantar kepada pendakwa

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker