Itali ‘ajar’ Israel 3-0

Itali ‘ajar’ Israel 3-0

Itali 'ajar' Israel 3-0
MATEO Retegui meraikan jaringan keduanya. FOTO AFP

Udine: Itali menewaskan Israel 3-0 di laman sendiri, awal pagi tadi, hasil dua jaringan Mateo Retegui dan satu gol lewat permainan oleh Gianluca Mancini, sekali gus mengesahkan sekurang-kurangnya tempat dalam pusingan playoff Piala Dunia.

Itali gagal layak ke dua edisi Piala Dunia terdahulu selepas tersingkir di peringkat playoff dan laluan sukar itu kini sekali lagi menjadi peluang terbaik mereka, dengan Norway mendahului Kumpulan I dengan 18 mata berbanding 15 mata dimiliki skuad Azzurri yang masih mempunyai dua perlawanan berbaki.

Itali kini enam mata di hadapan Israel yang hanya tinggal satu perlawanan dan tidak lagi berpeluang mengatasi pasukan bimbingan Gennaro Gattuso itu.

Itali seterusnya akan berkunjung ke laman pasukan tercorot Moldova pada 14 November sebelum menentang Norway di laman sendiri tiga hari kemudian, perlawanan yang dijangka menjadi penentu kumpulan.

“Kami bermain seperti yang kami harapkan hari ini. Kami tiada pilihan selain menang, dan kami bermain dengan sangat baik,” kata Gattuso selepas perlawanan di bandar utara Udine itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri


“Kita semua masih ingat perlawanan menentang Israel sebulan lalu — mereka benar-benar buat kami ‘menari’ dan memberi tekanan hebat,” tambahnya, merujuk kepada kemenangan penuh dramatik 5-4 ke atas skuad kendalian Ran Ben Shimon sebelum ini.

Pada perlawanan kali ini, Israel bermula lebih baik apabila penjaga gol Itali, Gianluigi Donnarumma, dipaksa melakukan aksi menyelamat cemerlang menafikan percubaan pemain sayap, Manor Solomon.

Gli Azzurri jarang mengancam pada awal permainan sebelum Retegui membuka jaringan sejurus sebelum rehat, selepas dijatuhkan dalam kotak penalti dan menyempurnakan sepakan itu dengan rembatan kaki kanan ke penjuru atas gawang lawan.

Israel hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-60 namun Donnarumma sekali lagi bertindak cemerlang menepis percubaan Oscar Gloukh, sebelum Retegui menambah gol kedua pada minit ke-74 selepas merampas bola di luar kotak penalti dan melepaskan rembatan melengkung ke penjuru atas gawang lawan.

Mancini kemudian mengesahkan kemenangan selesa Itali apabila menanduk masuk dari jarak dekat pada masa kecederaan babak kedua.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?


“Kami sedang membina sebuah pasukan yang kuat dan mencapai keputusan hebat, bukan sahaja dari segi serangan tetapi juga pertahanan,” kata Retegui selepas perlawanan.

Itali ‘ajar’ Israel 3-0

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker