Iklan ‘Permohonan AKPS untuk Veteran ATM’ dalam WhatsApp palsu
Iklan ‘Permohonan AKPS untuk Veteran ATM’ dalam WhatsApp palsu

PUTRAJAYA: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menegaskan bahawa sebaran iklan mengenai ‘Permohonan AKPS untuk Veteran ATM’ yang tular di aplikasi WhatsApp adalah palsu.
AKPS dalam satu kenyataan berkata, pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang iklan pengambilan baharu setakat ini, dan orang ramai khususnya veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan maklumat tidak sahih berkenaan.
“Tiada sebarang iklan perjawatan secara rasmi dibuka dan memohon supaya veteran ATM khususnya untuk tidak terpedaya dengan sebaran maklumat yang tidak sahih ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurut agensi itu, sebagaimana diumumkan dalam Belanjawan 2026 pada 10 Oktober lalu, kerajaan bersetuju memperuntukkan 220 perjawatan baharu di bawah AKPS dengan keutamaan kepada veteran ATM bagi penempatan di pintu masuk negara yang diwartakan di bawah Akta Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 [Akta 860].
Dalam pada itu, AKPS turut memohon supaya semua pihak untuk sentiasa mendapatkan maklumat terkini dan tepat menerusi media rasmi dan media sosial AKPS dari semasa ke semasa.
Iklan ‘Permohonan AKPS untuk Veteran ATM’ dalam WhatsApp palsu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.