Hungary nafi impian Portugal sahkan tiket ke Piala Dunia

Hungary nafi impian Portugal sahkan tiket ke Piala Dunia

Hungary nafi impian Portugal sahkan tiket ke Piala Dunia
AKSI Ronaldo (kiri) ketika dicabar Andras Schafer. FOTO REUTERS

Lisbon: Cristiano Ronaldo mencipta rekod baharu jaringan kelayakan Piala Dunia, namun Hungary berjaya mengikat kedudukan 2-2 pada lewat permainan sekali gus menafikan Portugal peluang untuk mengesahkan tiket ke kejohanan berprestij itu tahun depan lebih awal.

Selepas Attila Szalai membuka jaringan untuk pasukan pelawat, dua gol babak pertama daripada Ronaldo meletakkan skuad bimbingan Roberto Martinez di ambang kelayakan ke Piala Dunia 2026.

Namun, Dominik Szoboszlai menjaringkan gol penyamaan pada masa kecederaan untuk memaksa Portugal menunggu sedikit lagi, sambil menghidupkan peluang Hungary untuk mara ke kejohanan yang akan berlangsung di Amerika Syarikat (AS), Mexico dan Kanada.

“Kami semakin hampir dengan matlamat kami! Vamos Portugal!” tulis Ronaldo di platform X selepas perlawanan.

Skuad kendalian Martinez kini mendahului Kumpulan F dengan 10 mata, lima mata di depan Hungary.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri


“Kami tidak mengawal permainan dengan baik dalam 10 minit terakhir. Jika anda tidak menamatkan permainan dengan gol ketiga, anda perlu tahu cara mengawal perlawanan hingga wisel penamat. Hari ini Hungary menghukum kami,” akui jurulatih Sepanyol itu.

Portugal sebelum ini menang tipis dalam perlawanan penuh dramatik lima gol ketika menentang Hungary di Budapest pada bulan lalu, dan kali ini pasukan kendalian Marco Rossi sekali lagi menunjukkan keampuhan mereka.

Hungary terlebih dahulu di depan seawal minit kelapan apabila pertahanan tinggi lampai, Szalai, menanduk masuk bola hasil sepakan penjuru Szoboszlai.

Namun Ronaldo, yang masih menjadi tonggak utama negaranya pada usia 40 tahun, menyamakan kedudukan tidak lama kemudian apabila menolak masuk hantaran silang Nelson Semedo iaitu koleksi jaringan ke-40 miliknya dalam aksi kelayakan Piala Dunia, sekaligus memecahkan rekod milik bekas pemain Guatemala, Carlos Ruiz, yang mencatat 39 gol.

Bintang lima kali pemenang Ballon d’Or itu yang sebelum ini gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika menentang Ireland hujung minggu lalu, menambah satu lagi gol sebelum rehat yang juga jaringan antarabangsa ke-143 dalam kariernya.

Hungary nafi impian Portugal sahkan tiket ke Piala Dunia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

 

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker