England belasah Latvia, layak ke Piala Dunia

England belasah Latvia, layak ke Piala Dunia

England belasah Latvia, layak ke Piala Dunia
HARRY Kane meraikan jaringannya. FOTO REUTERS

Riga: England mengesahkan tiket ke pusingan akhir Piala Dunia tahun depan selepas kapten, Harry Kane menjaringkan dua gol dalam kemenangan besar 5-0 ke atas Latvia, awal pagi tadi, sekali gus memastikan mereka muncul juara Kumpulan K.

Sejak awal kempen lagi, tidak banyak keraguan mengenai peluang England untuk mara ke kejohanan utama buat kali kesembilan berturut-turut, namun kini mereka secara rasmi boleh mula merancang persiapan ke pentas dunia.

England memecah kebuntuan pada minit ke-25 di Stadium Daugava apabila Anthony Gordon memotong dari bahagian kiri sebelum melepaskan rembatan menewaskan penjaga gol Latvia, Krisjanis Zviedris.

Pasukan tuan rumah yang berada di ranking ke-137 dunia dihukum dua kali sebelum rehat apabila Kane menjaringkan gol kedua selepas Latvia melakukan kesilapan ketika cuba bermain dari bawah, sebelum penyerang itu menambah satu lagi gol menerusi sepakan penalti selepas ditarik dalam kawasan penalti.

Albania berada di tempat kedua dengan 11 mata, diikuti Serbia di tempat ketiga dengan 10 mata selepas menewaskan Andorra, manakala Latvia kekal dengan lima mata.

“Ini satu lagi kejohanan utama buat kami. Kami membuatnya kelihatan mudah, tetapi hakikatnya kami perlu kekal fokus dalam setiap perlawanan.

“Tidak kira siapa lawan kami, yang penting adalah mengekalkan standard tinggi dan meneruskan momentum,” kata Kane, yang kini mencatatkan 76 gol bersama England yang juga rekod tertinggi sepanjang zaman.

Cabaran yang lebih besar bakal menanti jika England mahu menamatkan kemarau kejuaraan utama sejak kali terakhir memenangi Piala Dunia 1966, namun dari segi kelayakan, mereka antara yang paling konsisten di dunia.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?


England kini tidak tewas dalam 37 perlawanan kelayakan Piala Dunia sejak 2009, namun rekod Sepanyol iaitu 66 perlawanan tanpa kalah antara 1993 hingga 2021 masih sukar digugat.

Jika termasuk kelayakan Euro, England mencatat 57 perlawanan tanpa kalah sejak 2015.

England belasah Latvia, layak ke Piala Dunia

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker