Dua pelajar Tingkatan Satu maut motosikal dinaiki langgar kereta
Dua pelajar Tingkatan Satu maut motosikal dinaiki langgar kereta

JERTIH: Dua pelajar lelaki tingkatan satu maut apabila motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Bukit Keluang, di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian membabitkan dua pelajar pada jam 7.30 pagi.
Mangsa dikenali sebagai Wan Mohamad Shahronny Wan Rosli dan Nik Aqil Faizin Nik Abdul Aziz, masing-masing berusia 13 tahun.
Beliau berkata, insiden dipercayai berlaku apabila sebuah kereta Nissan Serena dipandu seorang pensyarah wanita di Institut Pendidikan Guru (IPG) Sultan Mizan di sini dilanggar oleh motosikal Yamaha Y16ZR yang dinaiki dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permaisuri Nur Zahirah itu.
“Kejadian dipercayai berlaku ketika kereta Nissan Serena dari Taman Persiaran Limbongan keluar dari simpang untuk membelok ke kanan manakala motosikal yang ditunggang Wan Mohamad Shahronny dari arah Bukit Keluang menghala ke sekolah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
“Mereka gagal mengelak lalu melanggar bahagian depan kereta berkenaan dan menyebabkan kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Azamuddin berkata, mayat dua remaja itu telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, ibu Allahyarham Wan Mohamad Shahronny, Nor Aziera Hashima Mohd Saleh, 33, berkata dia mengetahui kejadian itu selepas dihubungi guru sekolah anaknya pagi tadi.
“Pagi sebelum pergi sekolah, saya sempat sediakan sarapan dan dia makan pagi tadi sedangkan sebelum ini dia memang jarang sarapan.
“Namun, saya tidak terlintas di fikiran bahawa perubahan pada anak saya itu menandakan sesuatu yang buruk bakal menimpa,” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Besut.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
Guru di sebuah tadika swasta yang tinggal di Kampung Air Tawar di sini itu berkata, menjadi kebiasaan setiap pagi anak sulung dari dua beradik itu mengambil Nik Aqil Faizin sebelum ke sekolah kerana mereka tinggal di kampung yang sama.
Nor Aziera berkata, meskipun kedua-dua mereka tidak belajar di kelas yang sama namun mereka agak rapat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.