Bumbung rumah terjatuh akibat angin kencang, warga emas terperangkap
Bumbung rumah terjatuh akibat angin kencang, warga emas terperangkap

SHAH ALAM: Seorang wanita warga emas berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam rumah selepas sebahagian bumbung rumahnya terjatuh akibat angin kencang.
Kejadian yang menghalang laluan keluar itu berlaku berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meru, petang tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata wanita berusia 62 tahun itu berjaya dibawa keluar dan diserahkan kepada keluarga.
Katanya, pihaknya terdahulu menerima panggilan kecemasan pada jam 6.06 petang berhubung kes itu
“Komander operasi melaporkan bumbung sebuah rumah telah jatuh disebabkan akibat ribut kuat sehingga menyebabkan seorang mangsa wanita berumur 62 tahun terperangkap dalam rumah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?

Dalam pada itu, angin kencang dan hujan lebat yang melanda Pekan Meru, Klang menyebabkan beberapa pokok tumbang di beberapa lokasi.
Ribut itu juga dipercayai menjejaskan beberapa gerai peniaga tepi jalan, menurut perkongsian penduduk di Facebook ‘Meru Klang Residents Official’ lebih satu jam yang lalu.
Mengikut perkongsian penduduk, antara kawasan yang terjejas akibat pokok tumbang adalah jalan belakang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meru; Jalan Paip; Jalan Meranti Bunga; Jalan Haji Shariff; Jalan Cempaka dan Taman Desa Indah Meru.
Terdapat juga perkongsian penduduk yang memaparkan bumbung rumah rosak dan hujan memasuki rumah.
Bumbung rumah terjatuh akibat angin kencang, warga emas terperangkap
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.