Banting dilanda ribut, sebuah sekolah terjejas teruk
Banting dilanda ribut, sebuah sekolah terjejas teruk

SHAH ALAM: Tular di media sosial kejadian ribut dan angin puting beliung yang dipercayai berlaku di sebuah sekolah rendah di Banting, Kuala Langat, hari ini.
Beberapa video dan gambar yang memaparkan kerosakan teruk dialami sekolah berkenaan turut tular selepas dikongsikan di aplikasi WhatsApp.
Menerusi satu video 40 saat dipercayai dirakam oleh kakitangan sekolah di lokasi berkenaan, kelihatan sampah termasuk kepingan bumbung sekolah berterbangan akibat pusaran angin.

Selain itu, terdapat juga rakaman sampah sarap memenuhi jalan serta pokok tumbang dipercayai lokasi berdekatan sekolah terbabit.
Ketika ini, media masih menunggu pengesahan berhubung kejadian itu daripada pihak berwajib seperti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat, Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), pengurusan bencana negeri dan sebagainya.
Banting dilanda ribut, sebuah sekolah terjejas teruk
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.