Arif Aiman terus ‘terbang’ buru anugerah berprestij AFC di Riyadh
Arif Aiman terus ‘terbang’ buru anugerah berprestij AFC di Riyadh

Kuala Lumpur: Bintang muda sensasi negara, Arif Aiman Hanapi dikhabarkan tidak sempat meraikan kemenangan besar Harimau Malaya 5-1 ke atas Laos selepas difahamkan akan terus terbang ke Riyadh, Arab Saudi bagi menghadiri majlis Anugerah Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2025 yang dijadualkan berlangsung esok di Pusat Kebudayaan King Fahd.
Difahamkan, tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu tercalon dalam kategori berprestij Pemain Terbaik Tahunan AFC, sekali gus menjadi wakil tunggal Malaysia yang tersenarai bersama dua lagi calon handalan Asia.
Pemain berusia 23 tahun itu bakal berdepan saingan sengit daripada pemain kebangsaan Qatar, Akram Afif yang membantu negaranya menjuarai Piala Asia 2023 serta bintang Arab Saudi, Salem Al Dawsari yang sebelum ini pernah dinobatkan Pemain Terbaik AFC 2022.
Pencalonan itu dianggap satu pengiktirafan besar buat Arif Aiman dan bola sepak Malaysia secara keseluruhan selepas prestasi cemerlangnya bersama JDT dan skuad Harimau Malaya sejak dua tahun kebelakangan ini.
Dalam aksi Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi, Arif Aiman turut memainkan peranan penting membantu Malaysia meraih kemenangan keempat berturut-turut apabila menumpaskan Laos 5-1 untuk kekal di tangga teratas.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
Sepanjang musim lalu, Arif Aiman muncul antara watak penting dalam kejayaan JDT mempertahankan kejuaraan Liga Super serta membantu Harimau Malaya mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027.
Malah, pemain lincah itu juga kini menjadi tunjang utama dalam sistem permainan jurulatih Peter Cklamovski yang memberi kebebasan kepadanya untuk mencipta gerakan di bahagian sayap kiri.
Arif Aiman dijangka berlepas ke Riyadh malam ini sebaik selesai tugasan antarabangsa bersama skuad kebangsaan di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Berikutan itu, kelibatnya tidak kelihatan bersama barisan pemain Harimau Malaya untuk meraikan kejayaan membenam laos 5-1 bersama penyokong yang hadir ke stadium.
Arif Aiman terus ‘terbang’ buru anugerah berprestij AFC di Riyadh
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.