Afrika Selatan layak ke Piala Dunia kali keempat
Afrika Selatan layak ke Piala Dunia kali keempat

Johannesburg: Afrika Selatan menewaskan Rwanda 3-0 di Mbombela, awal pagi tadi, untuk menjuarai Kumpulan C sekali gus melayakkan diri ke Piala Dunia 2026.
Thalente Mbatha dan Oswin Appollis masing-masing menjaringkan gol pada separuh masa pertama sebelum Evidence Makgopa memastikan kemenangan dengan meledak satu gol lagi pada pertengahan separuh masa kedua.
Afrika Selatan menamatkan saingan di tangga teratas dengan 18 mata, satu mata mengatasi Nigeria yang menewaskan Benin di tempat ketiga dengan keputusan 4-0 di Uyo menerusi hatrik Victor Osimhen.
Bagaimanapun, Nigeria masih berpeluang ke Piala Dunia apabila mereka antara empat pasukan naib juara kumpulan terbaik Afrika yang akan beraksi dalam kejohanan mini di Maghribi pada November.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
Ini adalah penampilan keempat Afrika Selatan di pentas Piala Dunia. Mereka pernah layak pada edisi 1998 dan 2002, serta secara automatik beraksi pada 2010 selaku tuan rumah.
Ketua jurulatih kelahiran Belgium, Hugo Broos meluahkan rasa gembira apabila berjaya mencapai impian untuk membawa pasukan bimbingannya ke Piala Dunia sebelum bersara.
Broos sendiri pernah mewakili negaranya sebagai pemain pada Piala Dunia 1986 di Mexico.
“Kami semua tahu kami boleh melakukannya, kami percaya kepada diri sendiri. Kami akan ke Piala Dunia dan ia sesuatu yang menakjubkan.
“Dalam tiga tahun terakhir, kami banyak melakukan pertukaran pemain dan ia keputusan yang tepat. Apa yang berlaku malam ini adalah hasil kerja keras selama tiga tahun dan masa depan bola sepak Afrika Selatan kelihatan sangat cerah.
“Kami ada Piala Negara-Negara Afrika di Maghribi pada Disember ini dan selepas itu Piala Dunia. Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan perasaan saya,” kata jurulatih berusia 73 tahun itu.
Afrika Selatan layak ke Piala Dunia kali keempat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.