2 sahabat baik selamat dikebumikan di dua tanah perkuburan berasingan
2 sahabat baik selamat dikebumikan di dua tanah perkuburan berasingan

BESUT: Jenazah dua sahabat baik yang meninggal dunia dalam perjalanan ke sekolah pagi tadi selamat dikebumikan di dua tanah perkuburan berasingan petang ini.
Allahyarham Wan Mohamad Shahronny Wan Rosli,13, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seberang Kastam manakala Nik Aqil Faizin Nik Abdul Aziz, 13, Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanjung Demong.
Jenazah Wan Mohamad Shahronny selesai dikebumikan sekitar jam 5.50 petang.
Kira-kira 200 orang terdiri daripada saudara-mara dan sahabat handai hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.
Dalam kejadian pagi tadi, motosikal jenis Yamaha Y16ZR ditunggangi mangsa merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Serena di Jalan Bukit Keluang, di sini, kira-kira jam 7.30 pagi.
Mangsa dan juga pembonceng, Nik Aqil Faizin disahkan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Manakala pemandu MPV hanya mengalami cedera ringan.
2 sahabat baik selamat dikebumikan di dua tanah perkuburan berasingan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.