2 lelaki maut dalam keadaan mengerikan di rumah

2 lelaki maut dalam keadaan mengerikan di rumah

2 lelaki maut dalam keadaan mengerikan di rumah
Gambar hiasan.

ALOR GAJAH: Dua beradik ditemukan maut dalam keadaan mengerikan di sebuah rumah di Taman Cempaka 2, Durian Tunggal di sini, malam tadi.

Menurut sumber, mayat mangsa yang dipercayai abang ditemukan dengan kesan tetakan manakala mayat adik lelakinya ditemukan dalam keadaan tergantung.

Sumber berkata, mayat lelaki pertama disedari orang awam yang memaklumkannya kepada pihak polis kira-kira jam 7 malam tadi.

“Sebaik anggota polis tiba di tempat kejadian, didapati seorang lagi lelaki berada dalam bilik berlainan dalam keadaan tergantung.

“Kes termasuk punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

Sementara itu tinjauan di lokasi mendapati ambulans dan pasukan polis sedang melakukan pemeriksaan dan siasatan.

2 lelaki maut dalam keadaan mengerikan di rumah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker