Uruguay tutup jelajah Malaysia dengan dua kemenangan

Uruguay tutup jelajah Malaysia dengan dua kemenangan

Uruguay tutup jelajah Malaysia dengan dua kemenangan
Aksi pemain Uruguay menentang Uzbekistan di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Kuala Lumpur: Uruguay menutup siri aksi persahabatan mereka di Malaysia dengan menewaskan Uzbekistan 2-1 di Stadium Hang Jebat, malam tadi.

Selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Republik Dominica minggu lalu, skuad kendalian Marcelo Bielsa itu menampilkan aksi lebih meyakinkan untuk mengesahkan kemenangan kedua berturut-turut.

Uzbekistan yang kini dibimbing jurulatih baharu dari Itali, Fabio Cannavaro, turut menurunkan bekas pertahanan Selangor FC, Umarbek Eshmurodov, bagi mengemudi benteng pasukan The White Wolves.

Sementara itu, benteng Uruguay diketuai pemain Wolverhampton Wanderers, Santiago Bueno yang diberi tanggungjawab sebagai kapten pasukan.

Separuh masa pertama menyaksikan La Celeste berusaha keras mencari gol pembukaan menerusi gandingan Facundo Torres, Kevin Amaro dan Federico Vinas dari Real Oviedo, namun percubaan mereka gagal menewaskan penjaga gol Uzbekistan, Abduvohid Nematov.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri


Bersambung babak kedua, Bielsa memasukkan Ignacio Laquintana yang segera memberi impak sebelum Torres akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-51. Juan Manuel Sanabria menggandakan jaringan sembilan minit kemudian untuk meletakkan Uruguay selesa di depan.

Uzbekistan cuba bangkit apabila pemain gantian Ruslanbek Jiyanov merapatkan jurang pada minit ke-82, namun ia tidak cukup untuk menghalang kemenangan Uruguay.

La Celeste dijadual menentang Mexico pada 16 November, manakala Uzbekistan bakal berdepan Mesir pada 7 November depan.

Uruguay tutup jelajah Malaysia dengan dua kemenangan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker