TMJ mahu bawa UFC, WWE ke Johor

TMJ mahu bawa UFC, WWE ke Johor

TMJ mahu bawa UFC, WWE ke Johor
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bersama legenda gusti dunia, Triple H. FOTO/ Platform X Tunku Mahkota Ismail.

Kuala Lumpur: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menyatakan hasrat untuk membawa UFC dan WWE ke Malaysia.

Hasrat itu dizahirkan baginda selepas berpeluang menonton aksi WWE Crown Jewel 2025 yang diadakan di RAC Arena, Perth, Australia, baru-baru ini.

Tunku Mahkota Ismail menyatakan perbincangan sedang diadakan dengan WWE dan UFC agar ia dapat diadakan di Johor.

“Kita adakan perbincangan dengan UFC dan WWE untuk membawa kedua-dua acara ini ke Johor pada masa akan datang.

“Harapnya pada tahun 2027. Stadium Sultan Ibrahim (SSI),” kata baginda dalam satu hantaran di Instagram.

Sebelum ini, Tunku Mahkota Ismail turut menjadi tetamu kehormat aksi The Rugby Championship antara New Zealand dan Australia baru-baru ini.

 

TMJ mahu bawa UFC, WWE ke Johor

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker