Pertemuan Datin Seri Camelia & Che Puan Sarimah Undang Perhatian [VIDEO]
“Apa Ni, Tak Berubah Ya…”
Pertemuan Datin Seri Camelia & Che Puan Sarimah Undang Perhatian [VIDEO]
Baru-baru ini, akaun TikTok kelab peminat Che Puan Sarimah Ibrahim mencuri perhatian ramai apabila berkongsi sebuah video pertemuan istimewa antara dua figura jelita, Datin Seri Dayang Nur Camelia Abang Khalid, atau lebih dikenali sebagai Camelia, dan Che Puan Sarimah Ibrahim.
Dalam video tersebut, Che Puan Sarimah dengan nada berseloroh berkata,
“Apa ni, tak berubah langsung. Cantik dia punya cantik. Never change.”
@sarimrfpi6u
Nada spontan Sarimah itu disambut dengan tawa mesra kedua-duanya, mencerminkan hubungan baik dan rasa hormat sesama artis wanita yang pernah sama-sama mewarnai dunia hiburan tanah air. Momen itu jelas mengimbau zaman kegemilangan mereka di era 90-an, ketika kedua-dua nama ini cukup sinonim dengan kecantikan dan karisma tersendiri.
Ungkapan Sarimah itu ternyata mewakili perasaan ramai apabila warganet turut membanjiri ruangan komen dengan pujian terhadap kejelitaan penyanyi lagu “Rindu Padanya” itu yang kekal menawan walaupun sudah lama menyepi dari dunia hiburan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
![Pertemuan Datin Seri Camelia & Che Puan Sarimah Undang Perhatian [VIDEO]](https://mykmu.net/wp-content/uploads/2025/10/hqdefault.jpg)
Menariknya, ada juga netizen yang mengingatkan semula bahawa Camelia pernah terpilih antara wanita tercantik di dunia pada zamannya. Salah seorang pengguna menulis:
“Tittle Camelia antara wanita tersenarai antara wanita tercantik di dunia.”- tulis salah seoarang warganet di ruangan komen.
Selain kecantikan, Camelia juga pernah mencipta sejarah apabila menang kategori Vokal Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) dan menariknya, kemenangan itu diperoleh tanpa perlu mempamerkan vokal bernada tinggi seperti penyanyi lain.
“Satu-satunya pemenang vokal terbaik AIM yang tak perlu bernada tinggi, semua orang akui dia memang layak menang,” tulis seorang lagi pengguna.
Pertemuan dua wanita ikonik ini nyata membawa nostalgia buat ramai peminat lama, yang merindui kemunculan semula Camelia di khalayak selepas bertahun-tahun memilih kehidupan lebih peribadi.
Pertemuan Datin Seri Camelia & Che Puan Sarimah Undang Perhatian [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.